“Aku dipaksa kahwin dengan sepupu sebab mengandung tapi doktor salah diagnos aku tapi sebenarnya ada ketumbuhan dalam rahim”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Assalamualaikum Admin. Maafkan saya, saya gunakan fake akaun untuk buat luahan ni. Saya seorang perempuan yang berumur awal 20-an.

Saya baru saja menamatkan pengajian degree. Saya tak tahu nak start cerita ni dari mana. Tahun itu adalah detik paling pahit bagi saya.

Saya tak datang peri0d selama 2 bulan, lepas buat medicaI checkup di sebuah hospitaI Swasta, saya disahkan pregnant 5 minggu.

"Aku dipaksa kahwin dengan sepupu sebab mengandung tapi doktor salah diagnos aku tapi sebenarnya ada ketumbuhan dalam rahim"

Masa tu, saya terk3jut sampai nak pitam. Saya tak pernah terIanjur dengan sapa sapa, bahkan saya tak ada teman lelaki pun.

Saya sangat menjaga ikhtiIat saya. Keluarga saya start marah dan benci dengan saya. Saya dianggap sebgai anak yang memaIukan keluarga. Keluarga saya agak ternama, sebab ayah saya Businessman. Demi menjaga nama baik keluarga, saya telah dip4ksa berkahwin dengan sepupu saya. Sepupu saya setuju nak bantu keluarga kami.

Kami nikah pada Januari lepas. Perjanjian telah dibuat. Kami akan berpisah pada September nanti bila saya dah bersalin dan habis pant4ng. Selepas berkahwin, saya ikut menetap dengan suami di KL. Suami saya seorang deliver Domino Pizza.

Pada awal perkahwinan saya amat tertekan. Sampai demam selama seminggu. Tapi suami saya sangat prihatin dengan saya. Dia menjaga saya dengan baik, malah masa saya demam dialah yang mandikan saya, lap badan saya, masakkan bubur untuk saya.

Namun saya bersyukur dia seorang yang sangat sangat menjaga solat. Tapi ada ketikanya saya malu juga bila sepupu yang agak rapat dari kecil, sekarang dia dah nampak semua aur4t saya ketika dia mandikan saya. Dia kata kat saya, jangan fikir bukan bukan. Anggap jer macam seorang Abang jaga seorang Adik.

Saya selalu menangis kat dia dan cakap kat dia yang saya tak mengandung pun. Saya tak pernah buat perkara keji tu. Dia hanya mengangguk dan selalu cakap yang dia percayakan kata kata saya. Dia selalu bagi saya kata kata semangat.

Kami tak pernah tidur sekatil, sepanjang perkahwinan kami tidur di bilik asing asing. Cuma sekali sahaja kami tidur sekatil, masa tu dia urutkan kepala saya masa demam, kebetulan dia baru balik dari kerja terus terlena atas katil saya, tapi kami tak pernah bersama.

Dia tak pernah nak mengambil kesempatan terhadap saya. Dua bulan berlalu. Kami berdua jalani hidup seperti pasangan yang awkward. Yelah, Sepupu yang selalu mengusik saya masa zaman sekolah, kini dah jadi suami saya.

Dulu dia seorang yang periang, suka sakat menyakat, sejak berkahwin jadi agak pendiam. Kami bercakap bila perlu jer. Masa makan pun kami jarang bersembang. Saya tak bekerja, hanya suami jer bekerja. Saya pernah terbaca payslip dia, gaji bersih nya 1700+, kami duduk di rumah sewa.

Sebulan rm500, tapi yang buat saya terharu, suami saya tetap bagi saya RM500 untuk nafkah zahir setiap bulan, jadi dengan baki RM700 tu lah dia guna untuk belanja dapur, minyak motor, bil telefon dan duit kopi dia sementara tunggu gaji bulan seterusnya.

Keluarga belah saya langsung tak ambil peduli pasal saya, hanya kakak saya jer yang selalu melawat saya dekat rumah. Bulan April yang lalu, satu perkara telah berlaku. Saya tak tahu samaada saya nak gembira ataupun sedih.

Pada satu pagi perut saya s4kit sangat. Cairan merah mengalir dari alat suIit saya dengan kuantiti yang banyak. Saya ingatkan peri0d. Masa tu s4kit bercampur gembira, saya fikir saya tak pregnant, saya ajak suami pegi buat medicaI checkup sekali lagi, kali ni di HospitaI Kerajaan.

Rupanya, ada ketumbuhan di rahim saya. Doktor cakap mungkin itu lah punca kitaran haid saya terbantut pada hujung tahun lepas. Doktor suruh saya jalani 0peration untuk buang ketumbuhan tersebut. Suami pun bersetuju.

Segala kos 0peration, Suami saya tanggung dengan duit simpanan dia masa bujang dulu. Selepas 0peration, dia ambil cuti selama 2 minggu untuk jaga saya dalam pant4ng. Saya mula jatuh cinta dengan sikap prihatin dan penyayang dia terhadap saya.

Tapi saya tak bagitau. Saya malu kalau saya bertepuk sebelah tangan. Setelah pulih dari 0peration, keluarga saya datang jumpa suami saya. Ayah saya mintak supaya kami berpisah lebih awal. Saya disuruh sambung sijil master. Saya geram dengan tindakan pentingakan diri ayah.

Tapi suami saya seakan menurut saja permintaan Pakcik dia. Bulan puasa yang lepas, dia naik Pejabat Agama untuk urusan dokumen perpisahan. Saya sedih. Saya dah terIanjur sayangkan suami saya. Raya baru ni saya ada bertanya pada dia.

“Abang betul ke nak berpisah dengan saya?” Dia hanya gelak. “Betulla, kan haritu perjanjiannya macam tu.” Walaupun dia ketawa, tapi saya tau yang dia jugak sedih nak berpisah dengan saya. Mungkin eg0 lelaki yang membuatkan dia susah nak cakap yang dia jugak sayangkan saya atau mungkin dia taknak berg4duh dengan ayah saya.

Lepas dengar dia cakap macamtu, saya tak jadi nak luahkan perasaan saya pada dia. Hujung bulan ni, kami akan naik ke Mahkamah untuk lafaz talak. Saya sedih sangat. Saya taknak berpisah dengan dia. Saya sayang suami saya sangat sangat.

Saya rasa saya takkan jumpa dah lelaki yang baik macam sepupu saya ni. Masa takda orang nak percaya dengan saya, dia jer lah yang selalu bimbing dan percaya dengan apa yang saya cakap dulu. Saya mohon sangat pendapat kakak kakak, apa yang saya perlu buat untuk selamatkan perkahwinan saya ni. Perlu ke saya bagitau cepat perasaan saya pada dia? Mohon semua doakan yang terbaik untuk saya dan suami.

Part 2 – Hud Asyikin. Assalamualaikum Admin. Saya confessor yang tulis semalam pasal nak berpisah dengan sepupu saya hujung bulan ni. Sebelum tu, saya nak cakap terima kasih banyak banyak pada akak akak yang bagi komen membina pada saya.

Saya ade terbaca jugak komen komen yang kata saya ni menipu lah, bajet bajet Maryam Nabi Isa lah. Saya tak pernah pun cakap saya ni semulia Ibu Nabi. Dan ade jugak yang cakap, saya mereka cerita, jujur saya cakap sikit pun tak ambil hati dengan komen begitu.

Apa yang boleh saya buat. Saya doakan anda dan ahli keluarga tak terkena peny4kit begitu. Saya rasa serba salah sebab post saya ramai yang bertengkar. Ada jugak komen yang cakap suami saya lurus dan pendidikan rendah lah.

Sebenarnya, suami saya habis belajar dulu. Dia 2 tahun tua dari saya. Dia ade degree dalam kos pengajian kaunseling. Muet dia pun tinggi dari saya. Cuma dia suka buat kerja yang tak duduk dalam ofis. That’s why dia kerja delivery.

Terima kasih kepada Kak Cahaya Iman Haykal. Komen akak yang paling awal bagi dorongan pada saya semalam. Tak lupa jugak pada akak akak yang lain. Terima kasih sekali lagi. Masa saya taip confess petang semalam, saya masih duduk kat umah mak ayah sejak beberapa minggu yang lalu.

Jadi dah lebih kurang 3 minggu saya tak duduk dengan suami. Lepas habis cuti, dia balik KL terus masuk kerja. Sebenarnya, lepas akak akak komen suruh saya luah perasaan pada sepupu saya tu, saya tak ikut pun cakap akak akak semua.

Saya rasa biarlah apa nak jadi pun jadi lah. Tapi saya tak sangka malam tadi, saya dapat wassap dari dia. “Apa perasaan dapat banyak likes? Seronok ke buat macamtu?” Saya tetiba risau kalau kalau dia baca post tu.

Saya tukar topik tanya dia dah ke makan belum. Dia reply, “Kemas kain baju, esok pagi saya datang ambil. Duduk rumah orang lama lama. Macam takde rumah sendiri pulak”. Saya jadi geram pulak dia mesej macam tu. Saya kemas semua pakaian.

Time nak tidor tu, saya asyik terkenangkan kalau esok pagi dia marah marah saya pasal post tu. Walaupun dia bukan jenis baran tapi saya pernah tengok dia berkasar dengan adik dia pasal adik dia mer0kok kat asrama, itupun 5 tahun lepas.

Pagi tadi dia sampai, naik kereta Saga dia tu. Terk4jut jugak. Biasanya dia tak pernah bawak kereta kalau jalan jauh. Balik kampung haritu pun kami naik bas jer. Lepas salam salam dengan family, kami terus balik. Dia tak nak duduk lama lama kat rumah Ayah saya.

Sepanjang kami dalam kereta tadi, dia senyap jer tak cakap cakap ape. Saya pun tak berani nak tegur macam macam. First time tengok dia serius. Biasanya blur dan cool jer. Sampai kat rumah, saya tanya lah kenapa ambil cuti hari ni? Saya boleh naik bas balik KL. Dia diam jugak.

Dari petang bawak ke Isyak dia masih senyap. Saya pun tak berani la nak tanya banyak kali. Tengah nak lelapkan mata tadi, dia wassap saya macam dalam gambar kat bawah ni.

Saya rasa malam ni saya lah insan yang paling bahagia sekali atas muka bumi. Terima kasih sangat pada akak akak yang doakan kami. Semoga Allah jer yang dapat balas semua jasa baik akak-akak semua. Harap – harap dia tak baca post saya yang ni. Mesti dia marah lagi.

Btw, terima kasih sekali akak akak semua. Rasa lapang jer dad4 sekarang ni. Selepas daripada perkongsian yang dibuat oleh wanita ini, rupa – rupanya si suami turut membuat luahan baIas. Malu dan segan kerana isterinya berkongsi mesej perbualan mereka kepada umum, dia meminta supaya pihak admin memadam mesej tersebut. Tapi walau bagaimanapun, mesej tersebut bukanlah keterlaluan dan perlu untuk dikongsikan supaya cerita ini tidak terg4ntung.

Part 3 – Hud Asyikin. Assalamualaikum Admin. Ni saya Hudzaifah, suami kepada Asyikin. Nak mintak tolong Admin, boleh tak delete pic conversation WhatsApp yang wife saya bagi haritu? Segan ler. Boleh ye Min? Ouh, lagi satu nak bagitau. Terima kasih pada Admin dan semua yang mendoakan rumah tangga kami.

Nak bagitau, kami memang tak jadi berpisah. Hal Family pun dah selesai kelmarin, jadi boleh lah padam posting posting Wife saya sebelum ni. Sebenarnya banyak misunderstanding jer pun. Hahah. Ini pun saya check messenger dia.

Baru jumpa fake account dia ni. Hahah. Ini pertama kali saya yang confess kat KRT ni. Lepas post yang ni saya akan delete akaun dia ni. Weekend ni kami pindah rumah baru dekat area Bukit Gasing, PJ. Kami ingat nak buat kenduri doa selamat sikit.

Nak jemput semua tak mampu. Sape yang duduk dekat area tu, komen lah kat post ni. Nanti saya inbox invite personal. Boleh kenal kenal jiran setempat. Yang duduk Taman Dato Harun atau Taman Medan pun boleh komen.

Sekali lagi, terima kasih pada yang mendoakan hubungan kami sebelum ni. Moga Allah SWT kurnia kan ganjaran yang setimpal pada kakak kakak semua. Ameen.

Komen W4rganet :

Nurni Razanii : Bukan boleh ke saman doktor tu, swasta buat malu je tak boleh tengok s4kit apa.. Apa pon tt awak bertuah dpt dia, biar tak kaya janji menghargai satu sama lain. Ini baru nama bercinta lepas nikah. Siapa sangka p3rit awal nya, suka akhir nya. Doakan rumah tangga Saya dengan yang lain kekal ke Jannah. Semoga kita dijauh kan dari fitnah manusia, Dan bisikan sy4iton.

Aniey Sabri : Aku plak em0, macam kisah dalam drama plak. Boleh plak baca sambil air mata mengalir… hahahah. Apapun untuk Hud Asyikin, berbahagia kalian sebagai suami isteri. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..mungkin pahit di awalnya tapi percayalah setiap dug4an yang menimp4 itu akan digantikan dengan kemanisan. Kalau tak kena p4ksa kahwin belum tentu awak boleh kenal sikap suami awak tu..hehehehe…

Ruziana Sidek : Eh apsal aku plak rasa touching dengan kisah Hud Asyikin ni weh, serius ah! Ni kisah benar ke atau drama kul 7 ni hahaa. Tapi serius menarik giIer. Apa pun tahniah tuk korang! Memang orang yang baik biasanya jodohnya pun dengan orang yang baik – baik. Semoga hubungan kalian kekal bahagia sweet selamanya smpai ke hujung nyawa, aamiin..

~Nota jari kaki: Bagitau hospitaI atau klinik mana yang hire doktor bong0k camtu. Ntah ramai mana jadi m4ngsa kevong0kan dia smpai effect habis masa depan orang, tak fikir ke. Kalau ending baik camni, alhamdulillah. Kalau sebaliknya?

Izan Omar : Touching pulak aku baca, tersenyum sorang – sorang. Sweet walaupun permulaan hidup dug4an berat meIanda. Happy uolls teruskan hidup sebagai pasangan suami isteri. Akak doakan semoga rumahtangga korang kekal utuh kasih sayang bertambah mekar. Bahagia hingga hujung nyawa..

Nur Fatimah : Memang ada doctor macam ni. Dulu adik aku umur 15 tahun munta h- muntah pening s4kit kepala, ayat first doc tu tanya, pregnant ke? Lepas doc tu tanya camtu, terus mak aku marah kat doc tu. Bertubi – tubi jugak la doc tu kena marah dengan mak aku.

Sampaikan doc tu minta maaf.. Adik aku keracunan makanan je pun, pergi tanya pasal pregnant ke tak. Ni mesti doc tak berapa pandai, belajar medic guna duit sendiri. Hahaha

BACA: “Arwah ayah ada tinggalkan rumah dan pencen, sepatutnya aku dan adik-beradik tak hidup susah tapi lain pula jadi bola mak kahwin lagi”