“Tak sampai setahun kahwin, kantoi berwasap tukar-tukar gambar tak senonoh, tak cakap banyak, aku halau suami keluar rumah, dahlah miskin!”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Assalamualaikum… Terima kasih andai kata cerita ni disiarkan. Aku Sally. Aku takde nak buat luahan perasaan atau nak minta pendapat.

Aku sekadar nak berkongsi cerita tentang aku. Tapi boleh je kalau korang nak bagi pendapat atau komen, hihihi..

Alhamdulillah aku ada hampir semuanya lengkap dalam hidup aku. Ada emak ayah yang masih sihat,

"Tak sampai setahun kahwin, kantoi berwasap tukar-tukar gambar tak senonoh, tak cakap banyak, aku halau suami keluar rumah, dahlah miskin!"

adik – adik, ipar – ipar dan saud4ra mara yang sangat menyokong. Kalau berselisih faham sikit – sikit tu biasalah adat berkeluarga.

Ada kerja yang baik walaupun bukan yang terhebat. Ada gaji yang cukup untuk keperluan seharian aku. Ada kereta yang selesa walaupun bukan kereta mewah. Ada rumah kecil yang lengkap semuanya untuk aku berteduh. Ada rupa dan kesihatan yang baik.

Ada kawan – kawan rapat yang sentiasa ada masa susah dan senang dari dulu hingga sekarang tak pernah meninggaIkan aku. Bos dan rakan – rakan sekerja yang terbaik dan sangat sporting walaupun aku dah berkhidmat di 3 – 4 tempat yang berlainan.

Alhamdulillah semoga Allah tidak tarik sedikitpun nikmat ini dari aku. Apa yang aku tak ada hanyalah suami. Bukan bermakna aku tak pernah berkahwin. Aku pernah berkahwin 3 kali. Betullah kata orang, tak semua yang kita impikan kita akan kita perolehi.

Ada orang yang berkahwin tapi tidak semuanya diberi nikmat sepertimana yang Allah berikan pada aku. Aku pula diberikan semuanya hampir sempurna dengan cara aku sendiri tetapi Allah tahu aku belum mampu untuk memiliki suami.

Aku berkahwin kali pertama semasa di universiti. Majlis kecil – kecil sahaja. Bunting pelamin. Anak lelaki seorang. Itulah satu – satunya anak yang aku ada. Sekarang dah besar. Lebih 20 tahun. Masa umur anak aku 6 tahun, abahnya sekeluarga (kecuali aku) bawa dia ke mekah menunaikan umrah.

2 bulan selepas balik dari mekah, abahnya meninggaI dunia akibat kemaIangan jalan raya. Anak aku dijaga oleh keluarga arw4h abahnya memandangkan aku pada ketika itu masih muda dan baru mendapat kerja di seberang laut.

Bermulalah hidup aku di sana. Jauh dari keluarga. Mula belajar berdikari. Belajar untuk memulakan kehidupan. Susah payah pahit manis bersendirian di tempat orang. Tetapi seperti yang aku katakan aku sentiasa ditemani oleh kawan – kawan yang sangat ohsem.

Sentiasa ada bila diperIukan baik ketika senang mahupun ketika susah dan bersedih hati. Aku bina hidup aku. Aku belajar memandu. Aku beli kereta. Aku urus kehidupan aku sehingga aku rasa aku mampu hidup tanpa lelaki pun di sisi.

Hasilnya aku menjadi seorang yang sangat mencintai diri aku sendiri. Sangat membela diri aku sendiri. Aku tidak suka diri aku dib0doh – b0dohkan atau dipermainkan. Aku seorang yang lantang bersuara untuk mempert4hankan diri dan hak aku.

10 tahun aku bertahan akhirnya aku berkahwin dengan orang seberang kawan baik tempat aku bertugas. Majlis agak besar dan meriah. Muda dari aku hihihi.. MaIangnya perkahwinan hanya bertahan selama 2 tahun lebih saja.

Disebabkan cara hidup yang berbeza menjadikan kami sering berselisih faham. Kami bercerai secara baik. Rupanya kawan baik tidak semestinya serasi menjadi suami isteri. Sehingga sekarang (aku sudah berpindah ke kampung halaman sekarang).. masih berhubung baik.

Dia pun belum berkahwin sampai sekarang. Aku dan saud4ra mara dia, bapanya, makcik pakcik dia, sepupu – sepupu dia, bekas – bekas ipar dan biras – biras aku jugak masih kekalkan silaturrahim sehingga sekarang. Kalau aku pergi bercuti ke sana aku akan pinjam kereta bekas suami untuk kegunaan aku di sana hihihi…

Kalau bapa mertua dan ipar or biras datang ke sini, mereka akan maklumkan dan sekiranya ada kelapangan masa yang sesuai kami akan berjumpa untuk dinner. Tak sampai setahun bercerai, (ketika itu masih belum berpindah) aku berkahwin lagi dengan orang kampung aku.

Kesungguhan dia nak kahwin dengan aku macam begitu kuat padahal aku masa itu sudah pernah 2x kahwin. Aku pulang ke semenanjung. Tinggalkan kehidupan aku di seberang yang sangat – sangat aku sayang. Segala – galanya aku sayang hatta batu – batu tar di sana pun hahahaaha.. Bercinta jarak jauh.

Aku berkahwin dengan bekas rakan sekolah ku. Junior aku. Majlis juga agak besar walaupun tidak lah sebesar majlis kali kedua itu. Orangnya baik. Softspoken. Bertanggungjawab. Rajin. Tapi rupanya dia kaki perempuan. Tak sampai setahun kahwin, kantoi berwassap berwechat berfb messenger bertukar – tukar gambar Iucah dan berborak Iucah dengan perempuan.

Tanpa cakap banyak, aku halau dia keluar dari hidup aku. Kan aku seorang yang lantang mempert4hankan hak aku. Aku tak mau hati aku s4kit. Aku tak suka serabutkan otak aku dengan masalah – masalah begini. Tapi aku tak failkan cerai.

Setiap bulan dia tetap memberi nafkah (transfer). Lebih kurang 6 bulan, agaknya bila dia dah tak lagi mampu mengalah dan aku pun tidak merayu dia pulang (sudah la tinggal berasingan, kena pula bagi nafkah tanpa apa – apa hasil hahahaah) akhirnya dia sendiri failkan cerai.

Bila suami yang failkan cerai, ia menjadi lebih mudah. Dan kami pun bercerai tak sampai 2 tahun perkahwinan. Oleh kerana aku s4kit hati dengan perbuatan dia, aku menuntut macam – macam. Mutaah. Hutang dalam perkahwinan dan harta sepencarian.

Kes mutaah aku dah menang. Hutang dalam perkahwinan juga telah selesai. Tinggal 1 kes lagi masih berjalan. Doakan aku peroleh kejayaan. Mungkin ada yang beranggapan, ehh kantoi wechat wassap dan mesenger pun sampai nak cerai???

Ye, sebab bagi aku itu yang kantoi. Yang tak kantoi aku tak tahu kan. Dah la dia bekerja dalam bidang perkapalan. Selalu kerja luar berminggu – minggu bahkan mencapai sehingga sebulan. Macam – macam boleh terjadi tanpa pengetahuan aku kan.

Walaupun kes kecil tapi aku tidak dapat menerimanya memandangkan kami baru berkahwin tak sampai setahun pun pada masa itu. Dah la dia pun bukan kaya raya. Kalau kaya raya takda la wujud tuntutan hutang dalam perkahwinan dan kalau mampu bukan setakat berchatting, aku bagi kawin terus je asalkan aku dapat duit banyak hahaha..

Ni dah la aku yang banyak bantu dia, ada hati lagi nak tik4m aku dari belakang. Jangan harap. Lepas beberapa bulan bercerai, ada perempuan kol aku. Bagitau dia gf ex aku (bukan perempuan yang menyebabkan kami bercerai, lain lagi).

Perempuan tu kena tahan polis sebab ex aku buat laporan polis perempuan ni mengaibkan dia di media sosiaI, dengan mengedarkan gambar – gambar Iucah dorang masa bercuti di Bali tanpa kahwin kepada kenalan – kenalan ex aku tu gara – gara s4kit hati dapat tahu ex aku akan berkahwin dengan perempuan lain dan bukannya dengan dia hahaaha..

Aku kesiankan perempuan tu. Aku pergi balai polis dan jamin dia. Sekarang ex aku tu dah kahwin dengan orang lain pula. So maknanya tak sia – sia la aku bercerai dengan dia. Dasar lelaki keberet. Tapi perkahwinan dia mungkin akan berkekalan memandangkan wife dia sekarang nampak macam sangat baik dan lembut (hasil aku stalk) sejenis wife yang akan terima seadanya.

Tak macam aku sejenis tidak sabar dan tidak tau bertolak ansur huhuu.. Sekarang dah hampir 10 tahun aku single. Aku pun tak tau kalau – kalau masih ada rezeki jodoh lagi. Malu jugak k nak cakap aku ni dah kahwin 3x. Mesti orang akan salahkan aku. Yelah kahwin cerai je keja hahaha..

Ada orang kata, sebelum kahwin pilih la lelaki yang baik supaya kesilapan tidak terjadi lagi. Dikkkk, takda sesapa tau tentang seseorang sehingga lahhh berkahwin makan tidur sebantal. Tapi rasanya kehidupan sekarang dah sangat selesa.

Tak perlu rasanya nak berkahwin – kahwin bagai ni. Aku pun dah pertengahan 40an. Bulan lepas, mertua dan biras dari seberang datang dan kami dinner sama – sama bertanya khabar. Kesimpulannya, walaupun aku tak di takdirkan untuk bahagia dalam berumahtangga, tapi aku masih bersyukur kerana aku punya segala – galanya. Segala – galanya cukup sempurna dan bahagia dengan cara aku sendiri. Aku bersyukur. – Sally (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Rimuru Tempe ST : Alhamdulillah. Dengan bersyukur je kita mampu rasa cukup dan tak memandang apa yang kita tak ada sebagai kekurangan. Orang sekarang kurang rasa bersyukur. Berbahagialah dengan cara kita. Liku – liku kehidupan bukan mudah. Bagus tt ni, tak ramai wanita yang mampu dan cukup kuat untuk menjalani kehidupan macam dia.

Ummu Hanif : Alhamdulillah. Tahniah, tt. Kita geng. Makcik dah 4 kali kahwin, dik. Macam – macam orang kata. Tapi tak apa. Jomlah kita cari bahagia kita sendiri. Insya-Allah.

BACA: Berang suami taksub bela ikan sampai dapur rumah tak berasap, wanita nekad goreng semua ikan peliharaan