‘Ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain’, pelajar hadiahkan Perodua Aruz sebagai hadiah persaraan

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain’ — itulah perumpaan yang masih relevan hingga kini bagi insan yang bergelar ‘guru’.

Setiap ilmu yang dikongsi oleh mereka tidak pernah diharapkan balasan daripada anak didik.

Baru-baru ini, seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Ahmad Bidin, 58 tahun, yang akan menyambut hari lahirnya pada 16 Disember,

'Ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain', pelajar hadiahkan Perodua Aruz sebagai hadiah persaraan

telah diraikan dalam satu majlis di sebuah hotel tanpa menjangka akan menerima sebuah kereta Perodua Aruz sebagai penghargaan atas perkhidmatannya sebagai guru matematik dan matematik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (TKC).

Seorang pengguna Twitter @yaye_zaini menyatakan bahawa para pelajar dari kumpulan tahun 1980 hingga 2021 telah mengumpul dana untuk membayar kereta tersebut secara bersama-sama.

@yaye_zaini turut menambah bahawa Cikgu Ahmad Bidin telah berkhidmat selama 35 tahun sejak hari pertama mengajar sehingga beliau bersara pada tahun ini. Guru tersebut juga menolak tawaran untuk dipromosikan menjadi pengetua dan jawatan terakhir yang dipegangnya pada tahun ini ialah sebagai penolong kanan akademik.


Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia, Cikgu Ahmad menyatakan bahawa majlis persaraan biasanya diadakan di sekolah. Namun, mematuhi SOP, majlis kali ini diadakan di hotel dan dihadiri oleh bekas guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan bekas pelajar.

“Sehingga kini, saya masih terfikir mengenai sebab utama bekas pelajar dari 38 kumpulan (batch) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1980 hingga 2021 memberikan saya hadiah bernilai puluhan ribu ringgit ini.

“Sungguh tidak terkata bagi saya, namun saya ucapkan terima kasih kerana menghargai usaha saya yang tidak seberapa ini dalam mendidik mereka.

“Saya sebagai guru hanya berperanan sebagai pemandu supaya semua pelajar saya dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kehidupan,” ungkap Cikgu Ahmad kepada Utusan Malaysia.

Beliau juga menambah bahawa perkhidmatannya di sekolah sejak tahun 1986 banyak dibantu oleh pengetua-pengetua, rakan sekerja yang cemerlang, dan pelajar yang memang sudah cemerlang.

BACA: “Arwah ayah ada tinggalkan rumah dan pencen, sepatutnya aku dan adik-beradik tak hidup susah tapi lain pula jadi bola mak kahwin lagi”