Wajib baca kisah ini buat mereka yang kurang minum air dan gila makan jajan

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Menikmati jajan seperti kerepek ubi atau keropok ikan tidak salah asalkan tidak berlebihan sehingga jadi menu makan malam pula.

Sebaliknya, jika dah gila makan jajan organ badan kita terutama ginjal atau buah pinggang paling berisiko untuk rosak.

Keadaan tambah teruk jika kurang pula minum air kosong mengakibatnya adanya biji-bji batu yang mengakibatkan rasa sakit yang amat sangat.

Wajib baca kisah ini buat mereka yang kurang minum air dan gila makan jajan

Pengalaman Puan Norlela Zubir ini mungkin dapat menjadi iktibar untuk kita mulai meninggalkan makanan tidak sihat lagi merosakkan ginjal ini:

Saya keluar wad pada 5 Januari 2024. Menurut Dr Rashid, ada beberapa biji batu dalam ginjal saya di sebelah kiri.

Saiz batu-batu itu kecil (2mm). Dr Rashid tidak mencadangkan rawatan laser.

Katanya, jika batu-batu itu ada di bahagian ureter, rawatan laser lebih berkesan.

Dia nasihati saya banyak minum air supaya batu-batu dalam ginjal saya itu keluar secara semulajadi.

Katanya lagi, ketika batu-batu itu nak keluar, saya akan rasa sakit. Dia bekalkan dua jenis ubat tahan sakit iaitu dimakan apabila perlu sahaja.

Sebaik sahaja Dr Rashid pergi, Mazby kata begini, “Sampai ke rumah nanti, mak pek baju. Ikut balik Putrajaya, duduk sana seminggu.”

Saya cuba beri alasan, “Eh, mak ‘kan dah sihat?”

Anak bertuah saya itu tidak berganjak sedikit pun dengan keputusannya. Saya pula mati akal.

Nanti jika saya sakit lagi dalam masa terdekat, pasti menyusahkan dia. Maka saya ikutlah dia balik ke Putrajaya.

Hari ini, saya buat sarapan menu brokoli yang dikukus. Saya sudah mula berubah, tak mahu lagi makan jajan macam biasa.

Saya ini ada tabiat buruk, jika jumpa kerepek ubi atau keropok ikan, saya sanggup skip makan malam.

Saya juga kena minum banyak air masak. Mudah-mudahan batu-batu dalam ginjal kiri saya itu akan hancur secara semulajadi, ان شاء الله.

Buat anda sahabat-sahabatku yang sudi mendoakan saya, doaku semoga Allah membalas budi-baikmu dengan pahala yang melimpah-ruah.

Baca:“Masa nak kahwin, suami usaha tinggi melangit nak kahwin dengan aku, lepas kahwin semua hilang, perempuan keliling pinggang, mertua pun tahu”