Serai mempunyai banyak kegunaan dalam masakan.
Ramai orang di kalangan kita menanam sendiri pokok serai di rumah.
Biasanya apabila menuai pokok serai, kita hanya menggunakan bahagian batangnya untuk masakan, manakala bahagian daunnya sering dibuang.
Tetapi sebenarnya, itu adalah satu kerugian.Daun serai mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya untuk kesihatan dan dapat menyegarkan tubuh badan kita.
Menurut Hasmie Harun, daun serai yang dipotong boleh dikeringkan dan digunakan untuk membuat air rebusan untuk mandian herba yang menyegarkan tubuh.
Caranya juga dikongsikan oleh beliau.
Jika anda memiliki sauna atau suka mandi dengan herba, anda boleh menggunakan semula daun serai yang dipotong ini.
Cara-caranya:
1. Ambil serai yang sudah dituai, ambil sekali daunnya.
Selepas itu, potong separuh batangnya; bahagian bawah untuk masakan dan jangan buang daunnya.
2. Kemudian simpul daun serai dan keringkan di bawah matahari (perlu dikeringkan untuk menghilangkan ‘miang’ daun).
3. Setelah kering, simpan dalam peti sejuk.
Untuk penggunaan sebagai mandian herba, ambil seikat dan rebus (boleh juga direbus bersama daun pandan untuk wangian yang lebih wangi).
4. Dengan disimpan dalam peti sejuk, bau serai akan menjadi harum dan wangi.
Cara penyimpanan ini membolehkan daun serai tahan berbulan-bulan lamanya.
Serai yang dipotong ini juga boleh digunakan sebagai sungkupan.
Potong-potong dan letak di atas batas tanaman untuk menyimpan kelembapan tanah, dan apabila serai itu hancur, ia boleh berfungsi sebagai baja organik.
Semoga info ini berguna untuk anda semua.
Baca :Individu jual tanah kubur ‘online’ RM15 sekilogram, ramai pula tu beli