Dengan menerapkan kaedah ini dalam menggunakan sabun pencuci pinggan yang tahan sehingga 3 bulan,
amat jelas bahawa banyak restoran telah mengambil langkah bijak untuk menjimatkan kos.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan satu cara untuk ‘double up’ sabun basuh pinggan korang.
Petua kali ni memang jimat habis!
Biasanya dengan hanya sebotol sunlight ni boleh tahan sebulan sahaja dekat rumah saya tapi lepas buat cara ini,
2-3 bulan sekali baru buat keputusan untuk beli baru.
Cara-caranya:
• 1/4 sabun sunlight
• 3/4 air suam
• 1-2 sudu kecik garam
Mula- mula bancuh dulu garam dengan air suam tu sampai bebetul larut.
Lepastu baru masukkan sabun and sambung kacau sampai sebati.
Dah siap boleh terus masuk dalam soap dispenser.
Walaupun sudah dicampurkan dengan air banyak, sabun masih berbuih dengan elok dan ketika mencuci pinggan, rasa bersihnya tidak melekit.
Mungkin disebabkan oleh garam juga, kan.
Baca :Kenali jenis bra dan setiap fungsinya ramai salah pilih