Tanpa sedar kebanyakan daripada kita tidak tahu apa yang dibuat selama ini semasa menggunakan sesuatu benda itu adalah salah.
Rupanya, tahu pakai atau guna dengan cara yang betul sebenarnya menjimatkan masa dan tenaga.
Seorang pempengaruh menunjukkan demonstrasi guna 8 benda ini dengan ekspresi wajahnya yang kagum bahkan terkesima kerana baru tahu.
Dia menunjukkan cara betul mencabut plaster luka tanpa sakit, perah jus lemon guna alat pemerah dan menggunakan pita pelekat.
Rupanya memotong kek secara sisi adalah lebih baik berbanding cara biasa memotong dengan pisau digerakkan dari atas permukaan makanan itu.
Selepas ini juga, kalau pegang telur ayam untuk disusun dalam peti sejuk anda kena basahkan terlebih dahulu jari.
Tonton video ini untuk urusan harian yang betul dan menjimatkan masa: