Ini kebaikan boleh amalkan rendaman kaki dalam ais

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

2 hari dah saya amalkan rendam kaki dalam ais.Ternyata seronok juga.Bukan itu sahaja, ia juga memang banyak kebaikannya.

Sesuai untuk mereka yang menghidap gout, sakit kepala, sakit badan, lesu, minor stroke, sakit urat, sukar untuk lena tido malam dan badan rasa berat dan penat.

Antara kebaikan rawatan rendaman kaki bersama garam bukit dan ais batu:

Ini kebaikan boleh amalkan rendaman kaki dalam ais

• Dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari sebarang gangguan jin atau makhluk halus.

Tahukah anda apabila anda bangun dari tidur dan apabila kaki anda menyentuh pada lantai yang sejuk jika anda terasa seperti mencucuk-cucuk di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.

Angin dalam badan anda itu adalah angin tidak elok.

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut, kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat, lenguh tengkuk, kerap sedawa, kerap kembung perut.

Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam adalah baik jika diamalkan.

Bagi masalah sakit kepala pula ataupun Bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.

Menurut Perubatan Islam , sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu.

Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus.

Oleh itu sekiranya anda mengamalkannya dengan izin Allah SWT jin akan terhindar dari pada tubuh anda.

Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengan daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air yang berais itu.

Kesannya amat baik pada tubuh badan kita.

Sebelum mengamalkannya haruslah membaca surah-surah di bawah sebelum rendam kaki:

• Surah Al Fatihah (7 kali)
• Surah Al Ikhlas (7 kali)
• Selawat (7 kali)

Dengan izin Allah SWT kaki dan badan akan merasa lebih ringan dari sebelumnya.

Menurut Perubatan Islam, kesan gangguan makhluk halus adalah seperti

• Kaki anda berasa pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
• Lenguh dan kebas pada kaki
• Sakit mencucuk di kaki

Haruslah diingatkan ini adalah salah satu cara alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit,

In shaa allah, sakit anda akan semakin sembuh atau berkurangan.

Untuk makluman cara ini adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.

BACA: “Bukan mudah jadi janda, aku kalah dengan nafsu sendiri, aku nekad terus terang dengan suami baru sekali ini respon dia”