Bantu Aku Move On.. Salam korang. Aku diceraikan asbab orang ketiga. Tapi bekas suami aku beritahu keluarga mertua yang dia ceraikan aku sebab aku.
Semua kesalahan jatuh kat bahu aku. Padahal aku ada bukti kukuh dia curang. Ibu mertua aku nampak bukti tu.
Lepastu sebulan pertama aku ajak rujuk. Dia tolak. Dia beritahu keluarga dia yang dia dah TAWAR HATI dengan aku
Dan TAKKAN KEMBALI dengan aku lagi, dia perit lalui kehidupan dengan aku lagi. Bila tanya apa yang perit, diam pula tak jawab.
Bulan kedua aku tak lagi ajak rujuk. Aku jauhkan diri. Kami ada anak lelaki seorang. Bantulah aku macam mana nak move on. Aku s4kit sangat – sangat sekarang ni. Dia berbahagia je aku tengok. Dia masih berhubungan dengan perempuan tu.
Tapi dia nafikan pada keluarga dia yang dia masih contact dengan perempuan tu. Sebab keluarga dia tak suka perempuan itu. Sebab kalau dia mengaku, pasti keluarga dia marah sangat dan kantoilah memang kau yang punca perceraian ni.
Perempuan tu lagi tua daripada dia dan tak cantik langsung. Aku kenal suami aku punya taste mcm mana. Tapi entah lah pelik. Aku rasa tak adil. Aku kat sini s4kit, menangis hari – hari. Hari – hari juga aku doa dalam solat untuk kuat.
Tapi lepas lafaz cerai dia berubah sekelip mata saja, buat aku macam sampah. Dia tak nak tengok muka aku lagi, kerap angin dan marah dengan aku kalau setiap kali wasap, tak nak uruskan anak sama – sama, apa berkaitan aku semua tak nak berjumpa. Padahal dia dulu suami yang sayangkan aku.
Aku tak nusyuz, tak derh4ka, aku jaga rumah, jaga anak, jaga maruah, aku masakkan untuk dia. Tolonglah aku nak move on dan aku nak dia menyesal dengan kata – kata dia yang membuang aku tu. Aku nak kan keadilan. Bantulah aku. – Lala (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat para pembaca khususnya LAILA. Aku harap sangat admin approve cita aku ni. Nama aku Rosemary, for sure bukan nama sebenar. Aku tujukan khas kisah ni untuk kau baca LAILA.
Aku tak boleh nak komen sebab nanti orang kenal aku plus aku takda fake acc. Boleh baca story Laila kat bawah nanti. Aku pernah ada dalam situasi kau. Mempunyai seorang anak lelaki hasil hidup dengan bekas Suami yang aku nama kan Akmal, bukan nama sebenarnya jugak.
Masa nak kahwin memang semua orang nampak dia punya usaha tinggi melangit untuk kahwin dengan aku. Lepas dapat kebenaran dari mak babah dan abang – abang aku, kami pun kahwin. Tapi yang dulunya sayang aku melangit tu hilang entah ke mana.
Aku takmau cerita lanjut perkara tu, tapi perkara yang sama jadi kat kau. Aku dan anak ditinggalkan kerana orang ketiga. Mak ayah mertua aku pun macam kau juga, tahu anak dia berlaku curang dan sama juga bekas suami aku kata sebab tawar hati dengan aku. Padahal dia ada betina – betina lain di luar.
Ya anda tak salah baca. Ramai sangat cikaro dia. Hahaha. Tapi mak ayah dia memang sayang aku sebab menantu mithali. Hahaha. Long short story, aku bercerai talak satu. Apa yang aku buat untuk aku move on? Masa bulan pertama memang aku sangat down sebab aku nampak dia bahagia giIa. Aku? Cuba mencari di mana salah aku.
Aku tak mau mama babah nampak aku nangis. Jadi setiap kali mandi, aku akan menangis bersama air shower yang mengalir. Memang sedih beb. Macam dalam drama – drama tu. Hidup aku hanya di sejadah. Aku cuba cari kekuatan tapi aku tak jumpa.
Hampir 2 bulan lebih aku macam tu. Tapi ada satu malam tu aku tenung anak aku. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Aku nak anak aku membesar dengan sihat dan ceria. Aku tak boleh lembik macam ni demi anak aku, aku sayang anak aku.
Esok tu aku jadi orang yang baru. Aku keluar dari kepompong yang loser ni. Aku minta untuk sambung pelajaran. Alhamdulillah dapat, mak babah ikot aku duduk dekat dengan university aku. Aku mula pergi gym walaupun aku kecil comel je masa tu.
Sambil – sambil tu aku buat part time. Ada duit lebih sikit aku beli baju baru. Aku bina keyakinan diri aku semula. Aku masa jadi bini dia tu pun bukannya teruk pun. Lawa lahh tapi lepas bercerai mental aku down. Aku bahagia dengan anak, mak dan babah aku.
Dia cuba pujuk untuk bersama semula lepas setahun kami bercerai. Tapi sebelum aku keluar rumah dulu, aku dah cakap kalau itu pilihan awak, awak kena ingat awak akan hilang saya dan anak. Dan saya tak akan jilat balik ludah saya. Jadi memang aku reject lah.
Lepas 6 tahun menjanda aku bertemu jodoh dengan teruna trangg tang tanggg kau. Hahaha, helok sangat. Yang penting dia sayang anak aku macam anak dia sendiri. Kami dah kahwin tahun ni dah 10 tahun dah. Alhamdulillah doakan jodoh kami berkekalan.
Apa yang penting dekat sini Laila. Kau jangan putus berdoa supaya Allah bagi kekuatan untuk kau. Allah uji kau macam ni sebab kau mampu. Allah sebaik – baik penolong. Kau pandang anak kau baik – baik. Kau nak tengok ke dia membesar tengok kau yang lesu tu?
Tak salah nak bersedih, penceraian ni memang meny4kitkan, siapa yang berkahwin dengan niat untuk berceraikan? Takda. Tapi jangan bersedih lama sangat dik. Orang dah tak sudi. Pergi mammmpp dekat dia. Allah ada. Tak lama pun, terkena lah kifarahnya tu nanti.
Dunia ni singkat je. Macam bekas suami aku, tak bahagia pun dia sekarang walaupun bini dah 3 orang. Hahaha, m4kin serabut adalah. Allah tak akan tolak doa orang yang terani4ya. Ingat tu. Aku bersyukur bila Allah hadirkan ujian ni untuk aku tempuh menjadikan aku wanita dan Ibu yang lebih matang dan kuat.
Dan aku doakan kau pun macam tu jugak Laila. Kuat demi anak. Bina balik keyakinan kau yang hilang. Allah tarik seorang jantan tak guna, InshaaAllah, semoga Allah hadir kan jugak seorang lelaki yang boleh membimbing kau dan anak ke syurga. Aaminn yra..
Dan akhir sekali jangan putuskan hubungan kau dengan mak ayah mertua walaupun anak dia per4ngai hanatt. Sebab cucu dia masih ada dengan kau.
Ohhh lupa, jangan lupa tuntut hak penjagaan anak, nafkah yang tertunggak, nafkah anak dan harta sepencarian. Ambil masa sikit tapi berbaloi. Percayalah.
Tolong peIuk ciuum aku untuk anak kau. Dia akan jadi anak yang paling memahami, protective dan soleh. Macam anak sulung aku, sebab kami dah lalui macam – macam bersama. Semoga kau pun macam tu jugak Laila. Pernah ters4kiti gituuu, – Puan Rosemary (Bukan nama sebenar)