Beberapa hari yang lalu, ramai yang kagum dengan kejayaan pengaruh media sosial, Khairul Aming,
Dia yang berjaya menjual 80,000 unit produk terbarunya iaitu Dendeng Nyet Berapi dalam masa lebih kurang tiga minit sahaja.
Namun, pada masa yang sama, ada juga warganet yang ingin tahu dari mana kilang Khairul Aming di Kota Bharu, Kelantan mendapat sumber air bersih.
Ini kerana kita sudah maklum bahawa sumber air bersih di Kelantan memang bermasalah di sesetengah tempat.
Ada warganet yang menganggap bahawa Khairul Aming mungkin telah memasang penapis air berkualiti tinggi di kilangnya.
Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa tidak semua kawasan atau daerah di Kelantan mengalami masalah air kotor kerana terdapat kawasan yang airnya bersih.
Untuk pengetahuan semua, kebanyakan penduduk di Kelantan juga menggunakan air telaga tiub atau air boring untuk mendapatkan air bersih di rumah masing-masing.