Penemuan emas peninggalan zaman Jepun di ladang kelapa sawit

Oleh AHMAD SULAIMAN

Turut dijumpai adalah emas dalam bentuk jongkong bertulis Sumatera bertarikh 28.08.1941 & 999.9

Gegaran di media sosial mengenai penemuan terowong peninggalan tentera Jepun di Ladang Mostyn, Kunak, Sabah.

Mengikut cerita dari pemberi maklumat, tanah ladang kelapa sawit tiba-tiba runtuh, menyebabkan pekerja melarikan diri.

Penemuan emas peninggalan zaman Jepun di ladang kelapa sawit

Semasa pemeriksaan di bawah runtuhan, terowong Jepun ditemui, yang merupakan peninggalan askar Jepun semasa Perang Dunia Ke-2. Terowong itu turut mengandungi emas dalam bentuk jongkong bertulis Sumatera bertarikh 28.08.1941 & 999.9

Pemberi maklumat menyatakan bahawa kesemua jongkong emas telah diambil oleh pekerja ladang sawit. Walau bagaimanapun, kebenaran mengenai penemuan emas ini masih belum dapat dipastikan, kerana tiada pekerja yang mengaku.

Jongkong emas ini dikatakan ditemui dalam terowong yang menjadi peninggalan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua di ladang tersebut. Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto, mengesahkan perkara ini dan menyatakan bahawa pihaknya sedang mencari maklumat lanjut.

Terowong sepanjang 8KM ini, yang boleh dilalui oleh lori 10 tan, diyakini digunakan oleh tentera Jepun untuk mengangkut atau menyimpan peralatan perang.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Abd Rashid Abdullah, menyatakan bahawa pihaknya telah menghantar pasukan khas untuk memantau lokasi tersebut. Hingga kini, tidak ada laporan mengenai penemuan emas di kawasan ladang itu.

BACA: Bekas banduan berjaya raih RM 4.4 juta setahun hasil berniaga, ini kisah Ali