Admin boleh tolong hidekan profile saya.. Terima kasih admin sebab siarkan luahan saya. Saya dan suami dah kahwin selama 14 tahun.
Masa mula – mula kahwin, hidup kami sangatlah susah. Suami saya bukan w4rganegara.
Hanya saya seorang je bekerja dan saya bekerja di sebuah hospitaI swasta.
Suami buat keputuan nak jalankan perniagaan kecil – kecilan sebab memang susah untuk dia nak dapatkan kerja tambah dengan status dia tu.
Bapa mertua bagi modal untuk dia mulakan bisnes. Mula – mula bisnes dia tak menjadi disebabkan telah ditipu oleh supplier. Lepas tu saya pula submit personal loan untuk jadikan modal suami bisnes dan beli mesin. Dahlah lepas je kami kahwin, saya terus mengandung.
Tahun pertama kahwin, saya bersalin anak sulung. Tak sangka, tahun kedua pun saya mengandung lagi. Perniagaan kami masa tu masih lagi slow tapi ada peningkatan sedikit. Lepas bersalin anak kedua, alhamdulillah bisnes kami sem4kin lancar.
Orang lelaki kan, bila dah berduit sikit mula lah dia fikir nak menggatal. Suami pun mula berskandal. Entah berapa kali kantoi sebab setiap malam saya kerja malam, suami akan ke kelab malam tinggal anak dengan orang gaji.
Masa tu memang dah rasa putus asa dengan rumahtangga kami tapi tetap saya gagahkan diri demi anak – anak. Saya suruh dia ceraikan saya tapi tetap dia tak nak. 5 tahun kemudian saya mengandung lagi. Besar harapan saya kali ni, mengharapkan dia berubah.
Tapi masih lagi dengan per4ngai dia kaki perempuan, kaki kelab malam. Saya pun tak pasti di mana datangnya kesabaran saya waktu tu. bisnes tengah naik, jadi, si suami pun syok berjoli tanpa mengira siapa yang bersusah payah, tolong dia majukan bisnes bersama.
Saya berhenti kerja selepas bersalin anak ke-3 disebabkan nak tolong dia fully dalam bisnes dan nak kurangkan dia keluar malam semasa saya kerja malam. Ingatkan lepas saya berhenti kerja dia akan kurang keluar malam, rupanya masih sama.
Berkali – kali kami berg4duh dan setiap kali berg4duh saya yang kena pujuk dia balik. G4duh punya g4duh tahun ke-9 saya megandung lagi tapi lepas bersalin anak ke 4 suami berubah. Dia dah kurang keluar malam, semua masalahnya timbul lepas tu suami tak nak bagi nafkah langsung.
Dahla saya tolong dalam segala hal bisnes. Gaji pun tak nak bagi. Sebelum tu saya yang pegang akaun syarik4t, saya yang urus kewangan syarik4t. Jadi, kalau tak bergaji sebelum tu pun saya tak hairan sebab saya boleh claim untuk diri sendiri.
Tapi lepas bersalin anak ke-4 dia buat syarik4t sendiri dan dia sorang saja yang boleh keluarkan duit dari akaun syarik4t. Si suami langsung tak bagi saya nafkah. Saya masih bertahan. Ayah saya tau keadaan saya masa tu, jadi dia bagi saya duit untuk buat bisnes juga.
2 kali cuba kongsi bisnes dengan kawan tapi tak menjadi. Mungkin sebab saya tak buat diam – diam, tak bagitau suami, tak berkat. Tapi ayah saya dah pesan jangan bagitau dekat suami sebab takut dia akan claim bisnes saya juga sekiranya sudah berjaya.
Lepas ayah meninggaI dunia, hidup saya rasa macam gelap sebab selama ni kalau suami tak bagi duit, ayahlah yang akan kirimkan duit untuk kami anak beranak. Terima kasih ayah.. Ok, dipendekkan cerita. saya baru bersalin anak ke-5 baru – baru ni.
Bulan lepas adalah harijadi saya. Jadi, saya minta rm50 saja kat suami untuk shopping. Bayangkan lah.. hanya RM50 berbanding dengan untung bisnes dia yang banyak. Suami boleh kata, “u kan jaga kedai. Pakailah duit kedai.,”tapi kalau sales kedai kurang suami akan pertikaikan ke mana hasil duit kedai.
Padahal semua duit tu untuk bayar kereta, sewa rumah, beli barang dapur, bayar bil kilang, kedai, rumah dan yuran sekolah anak. Jadi, duit tu memang tak akan cukup untuk kegunaan saya sendiri. Oh ya lupa nak bagitau, lepas arw4h bapa meninggaI ada seorang h4mba Tuhan yang dihantar untuk membantu saya.
Saya anggap macam kakak sendiri. Dialah yang selalu bagi saya duit setiap 6 bulan. Tapi sejak akhir ni, bisnes kakak angkat saya pun merundum. Dia tak mampu nak tolong saya lagi. Suami pula hanya pentingkan keluarga dia di kampung.
Saya dah penat dah dengan semua ni. Kalau nak diceritakan semua memang tak akan habis dalam masa sehari. Saya hanya nak meluah sebab penat menanggis 2 ke 3 harini mengenangkan nasib diri.
Semoga ada kekuatan untuk saya meneruskan rumah tangga kami. semoga Tuhan menguatkan hati saya untuk terus bersabar dan bertahan. Mohon doanya ya sahabat – sahabat ku.
Komen W4rganet :
Atunz Razak : Kita selalu berharap orang akan berubah. Sebelum kahwin.. harap berubah lepas kahwin. Sebelum ada anak harap berubah lepas ada anak. Dan begitu lah seterusnya… Satu benda yang kita susah untuk consider : lebih mudah untuk ubah diri sendiri dari nak ubah orang.
Bila dah ada red flag suami bermasalah.. start lah ubah diri. Plan untuk diri sendiri dan anak – anak. Bila suami start berhibur di luar, dia tak nampak dah kebahagiaan kat rumah tu. Tunggu jatuh tersungkur nanti kot baru tahu ada isteri balik.
Dan isteri masih akan terus support suami untuk bina bisnes baru dan mengandung lagi. Dan bila berjaya drama tu akan bermula lagi. Dan begitulah seterusnya.
Kebanyakan isteri memang dikurniakan kesabaran yang tebal. Sebab tu suami biasanya akan amik kesempatan atas kebaikan. Baik jangan sampai diperb0dohkan.
Marini Abu Bakar : Entah la sis. Dah tau suami macamtu. Cukuplah 2 atau 3 anak. Ni tetap jugak sampai 5. Ayah pon takde dah nak support. Nanti awak yang psik0.
Bukan w4rganegara ni memang lebihkan keluarga sana. Fikirlah sendiri.. awak beranak lah ramai mane pon dia tak kisah. Lama jugak tahan ye..