Akhirnya balu Abam Bocey dedah siapa lelaki misteri yang didakwa tunang

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Sebuah gambar yang dimuat naik oleh Hidayah, balu kepada pelawak Abam Bocey, baru-baru ini telah menjadi perbualan hangat di media sosial.

Gambar tersebut menunjukkan Hidayah memegang sejambak bunga bersama seorang lelaki di hadapan pelamin.

Muat naik tersebut pada 28 Januari lalu telah menarik pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Akhirnya balu Abam Bocey dedah siapa lelaki misteri yang didakwa tunang

Banyak warga maya mendakwa bahawa Hidayah telah menemui pengganti dan bertunang bersama jejaka tersebut.

Hidayah, yang kelihatan memakai baju berwarna biru yang sepadan dengan jejaka tersebut, telah berjaya memancing perhatian pengguna media sosial

Namun, Hidayah membantah desas-desus tersebut dan menjelaskan bahawa lelaki tersebut bukanlah tunangnya, tetapi anak saudaranya.

Hidayah berkongsi penjelasan tersebut menerusi ruangan komen di muat naik Facebook tersebut, menyatakan bahawa gambar tersebut hanya untuk menunjukkan ketinggian anak saudaranya.

“Betul, anak saudara lebih tinggi dari mak saudaranya. Saja nak tunjuk anak saudara tinggi,” tulis Hidayah dalam balasannya.

Sebelum ini, Allahyarham Abam Bocey dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, yang kini berusia 4 tahun.

Perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun kerana pemergian Abam Bocey pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pemergian Abam Bocey meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan peminat dan rakan selebriti.

BACA: 5 kereta paling ‘rare’ koleksi Yang di-pertuan Agong ke-17, yang akhir tak pernah lagi orang pakai!