Firma tersebut juga menyediakan bonus untuk merayakan kedatangan tahun baru pada Februari ini.
Sebuah syarikat perlombongan arang batu di Wilayah Quang Ninh memberikan ikan kerapu sebagai hadiah Tahun Baru Vietnam
kepada 3,700 pekerjanya, seperti dilaporkan oleh portal berita tuoi tre news kelmarin.
Firma tersebut juga menyediakan bonus untuk merayakan kedatangan tahun baru pada Februari ini.
Syarikat tersebut mengeluarkan belanja hampir RM967,560 untuk membeli 18 tan ikan kerapu segar sebagai tanda penghargaan kepada pekerja-pekerjanya.
Setiap pekerja firma tersebut akan menerima 5 kilogram ikan kerapu segar, bonus 13 bulan berjumlah RM2,515, dan beberapa hadiah lain sempena Tahun Baru Vietnam.
Beberapa firma lain yang berpangkalan di Quang Ninh juga turut memberikan hadiah ikan kerapu kepada para pekerjanya menjelang tahun baru tersebut.