‘Rezeki pengantin baru’ Pasangan pengantin ini menang loteri RM55000 pada hari persandingan

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Pasangan pengantin terkejut setelah menyedari bahawa dia berjaya memenangi RM55,000 apabila taruhannya mengena pada hari perkahwinannya.

Richard Purcell, seorang peminat bola sepak berusia 57 tahun dari Widnes,

Cheshire jelas menunjukkan bahawa dia sedang sibuk menguruskan perkahwinan dengan isterinya,

'Rezeki pengantin baru' Pasangan pengantin ini menang loteri RM55000 pada hari persandingan

Victoria sehingga lupa untuk memeriksa kupon yang dia taruhkan untuk aksi bola sepak Sabtu lalu.

Bagi anda yang tidak tahu, Goals Galore No Draw adalah pertaruhan di mana anda mesti memilih perlawanan di mana kedua-dua pasukan menjaringkan gol tetapi keputusannya tidak berakhir dengan seri.

Antara perlawanan yang dipertaruhkan oleh Purcell adalah perlawanan di antara pasukan Arbroath dan Ayr, Annan Athletic dan Queen’s Park, Burton Albion dan Doncaster Rovers, AFC Wimbledon dan Crewe Alexandra, Leyton Orient dan Crawley Town, terakhir sekali Newport County dan Oldham Athletic.

Ketika ditemubual oleh Liverpool Echo, dia berkata bahawa dia sibuk menjayakan majlis perkahwinannya dengan isteri dan terkejut apabila melihat sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaunnya.

“Saya akan menggunakannya dengan baik. Mengenai bulan madu, kami telah menempah hotel yang bagus di Chester. Saya lelaki paling beruntung yang masih hidup – dan bukan hanya kerana pengantin perempuan saya.”

BACA: ‘Bossku is back’, Menteri jawab dakwaan pembebasan Najib Razak