Apa kata cuba 3 petua dikongsi doktor ini cara nak hilangkan batu karang

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Masalah batu karang yang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita kerap dikaitkan dengan kekurangan air dalam tubuh.

Batu karang yang berupa seperti kristal boleh menyebabkan masalah kencing kotor,

pendarahan dan pendarahan dalam kencing, malah jika dibiarkan boleh mengakibatkan maut.

Apa kata cuba 3 petua dikongsi doktor ini cara nak hilangkan batu karang

Walaupun tidak banyak kes kronik yang menyebabkan kematian, penyakit batu karang jika dibiarkan berlarutan

dalam tempoh yang lama boleh menyumbang kepada penyakit kritikal lain seperti kanser prostat sekali gus meningkatkan risiko kes kematian.

Nak hilangkan batu karang, apa kata cuba 3 petua dikongsi doktor ini

Ikuti 3 petua untuk menghilangkan batu karang seperti dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat yang merupakan doktor pakar sakit puan yang tidak asing lagi di Malaysia:

1. Petua jangan makan malam

Caranya:

Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut.

Pada hari keenam, jangan makan malam (dinner).

Pada pukul 6 petang, makan satu sudu garam epsom. Boleh dibeli di farmasi.

Pukul 8 malam, ulang sekali lagi. Makan satu sudu garam epsom.

Pada pukul 10 malam, minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun dan hasil perahan dari 3 biji lemon.

Keesokan pagi, apabila anda membuang air besar, batu karang akan keluar bersama najis.
2. Petua ekspres sehari

Petua kedua adalah lebih ekspres, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari.

Caranya:

Makan malam sebelum pukul 12 tengah malam.

Keesokan harinya, bersarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau. Buang kulitnya dan kisar.

Makan tengah hari juga menu yang sama iaitu jus dari 3 biji epal hijau.

Makan malam juga menu yang sama, jus dari 3 biji epal hijau.

Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.

Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun dan hasil perahan dari 3 biji lemon.

Tidur dalam keadaan mengerekot sambil mengiring ke kanan bagi memudahkan batu karang keluar dari badan.
3. Petua puasa

Seperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari.

Caranya:

Untuk 5 hari pertama, minum jus epal hijau selepas bersarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam.

Pada hari keenam, anda perlu berpuasa & berbuka pada pukul 6 petang. Berbuka dengan air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.

Pukul 8 malam, ulang minum air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.

Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.

Keesokan paginya anda akan rasa memulas. Batu karang akan keluar bersama najis.

Fungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan.

Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan.

Mengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak.

Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang.

Anda disarankan untuk mengamalkan salah satu daripada petua-petua di atas dalam sekali setiap 6 bulan.

Baca:“Setiap kali aku jumpa cikgu, perasaan benci aku makin membuak-buak, lebih-lebih lagi setiap kali aku berselisih dengannya, dia mesti malukan aku”