Industri animasi di Malaysia semakin berkembang dengan penghasilan banyak karya hebat seperti Upin Ipin, Boboiboy, dan Ejen Ali.
Ini merupakan satu kebanggaan bagi negara kerana produk tempatan turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa!
Walaupun begitu, terdapat juga animasi tempatan lain yang sering disalah anggap sebagai hasil dari luar negara.
Oleh itu, untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda lima animasi popular yang sebenarnya adalah hasil karya dari Malaysia.
1. Supa Strikas
Kenali 5 produk animasi tempatan jadi kebanggaan negara
Ramai orang mungkin tidak percaya bahawa animasi popular tentang bola sepak ini sebenarnya dicipta oleh orang Malaysia!
Walaupun karakter-karakternya tidak begitu menonjolkan ciri-ciri Malaysia, ramai lebih mempercayai jika kartun ini berasal dari luar negara.
Tetapi hakikatnya, animasi ini dihasilkan oleh studio tempatan iaitu Animasia Studio dan dikeluarkan pada tahun 2010 sepanjang tujuh musim.
Yang menariknya, animasi ini adalah adaptasi dari sebuah komik dari Afrika Selatan dan menjadi popular di negara-negara Asia Tenggara dan Amerika Latin.
Tambahan pula, ia pernah ditayangkan di saluran kartun terkenal seperti Cartoon Network, Disney Channel, dan Nickelodeon dalam pelbagai bahasa.
2. SeeFood
Kenali 5 produk animasi tempatan jadi kebanggaan negara
Bila pertama kali dilihat, mungkin korang terfikir ini kartun dari Hollywood, kan?
Tapi sebenarnya, ini adalah animasi buatan tempatan yang diterbitkan oleh studio dalam negara, iaitu Silver Ant pada tahun 2012.
Ini bukanlah animasi siri, tapi sebuah filem yang menceritakan tentang Julius, seekor ikan jerung yang ingin menyelamatkan kawannya di darat.
Dengan bantuan Octo si Sotong Kurita, Julius berjaya berjalan di atas darat, tetapi dikejar oleh sekumpulan penyelam yang ingin menjadikannya hidangan istimewa.
Yang membanggakan, filem yang menggabungkan elemen pengembaraan, komedi, dan juga pesanan moral ini turut ditayangkan di luar negara seperti di Amerika Syarikat.
3. Chuck Chicken
Kenali 5 produk animasi tempatan jadi kebanggaan negara
Macam Supa Strikas, animasi pahlawan ayam ni juga dibuat oleh Animasia Studio.
Ceritanya tentang Chuck yang boleh jadi ‘Kung Fu Chicken’ dengan bantuan azimat telur emasnya, untuk melindungi Pulau Rocky Perch dari kejahatan.
Selain itu, animasi ini mulai ditayangkan pada tahun 2010 di pelbagai negara dengan 52 episod dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Malaysia, Mandarin, Indonesia, dan Thailand.
Kalau korang nak tengok animasi ni, boleh la cari kat Netflix.
4. Rimba Racer
Kenali 5 produk animasi tempatan jadi kebanggaan negara
Sebenarnya, industri animasi di Malaysia sudah mencapai tahap yang mengagumkan!
Contohnya, animasi 3D Rimba Racer yang mungkin anda sangkakan berasal dari luar negara sebenarnya dihasilkan oleh Glue Studios yang terletak di Cyberjaya, Selangor.
Menariknya, dalam siri animasi ini, haiwan kebangsaan Malaysia, iaitu harimau, digambarkan sebagai watak utama yang diberi nama Tag.
Misi Tag adalah untuk menjadi pelumba kereta terkemuka dalam kejohanan Rimba Grand Prix sambil menentang pelumba lain yang bermain kotor.
Animasi ini terdiri daripada dua musim, dengan setiap musim mengandungi 13 episod.
Untuk menonton cerita ini, anda boleh melayari saluran YouTube mereka.
5. Wheely: Gempak Lawak
Kenali 5 produk animasi tempatan jadi kebanggaan negara
Filem animasi dari luar negara ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh KRU Studios pada Ogos 2018.
Ia menampilkan suara selebriti tempatan yang terkenal seperti Zizan Razak, Johan dan Lisa Surihani.
Ceritanya mengenai Wheely, seorang kereta teksi yang berusaha menyelamatkan kekasihnya, Bella, seorang supermodel dari diculik oleh sindiket global yang dipimpin oleh Kaiser, sebuah lori besar yang mempunyai 18 tayar.
Walaupun filem ini mendapat keuntungan yang tinggi dan ditayangkan di pelbagai negara, ramai pengkritik menyatakan bahawa ia meniru sebuah animasi terkenal dari Pixar Animation Studios iaitu Cars.