Boleh ke rakyat biasa kahwini anak raja? Jawapan permaisuri Agong buat ramai ingin mencuba

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, telah dikenali dengan sifat yang merendah diri dan dekat dengan rakyat.

Keperibadian baginda yang disenangi oleh ramai rakyat jelata telah menjadikan Raja Permaisuri Agong sering menjadi tumpuan di media sosial.

Menerusi platform Twitter, seseorang individu telah bertanya satu soalan kepada baginda

Boleh ke rakyat biasa kahwini anak raja? Jawapan permaisuri Agong buat ramai ingin mencuba

, iaitu adakah rakyat biasa dibenarkan untuk berkahwin dengan kaum kerabat diraja?

Namun, jawapan yang diberikan oleh Tunku Permaisuri melalui akaun @cheminahsayang itu, rupanya menyebabkan banyak rakyat jelata tersenyum lebar.

“Soalan: Rakyat biasa boleh tak kahwin dengan kaum kerabat? Jawapan Tunku Permaisuri: ‘Boleh'”

Reaksi pelbagai netizen turut dilihat, dengan sesetengahnya memberikan harapan untuk ‘meminang’ anak raja. Kelihatannya, semua orang boleh mencuba nasib!

BACA: “Setiap kali aku jumpa cikgu, perasaan benci aku makin membuak-buak, lebih-lebih lagi setiap kali aku berselisih dengannya, dia mesti malukan aku”