Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan sejak akhir – akhir ini banyak penulisan tentang guru telah dikongsi,
teringin pula rasa hati ingin berkongsi kisah aku dengan seorang cikgu disiplin.
Kisah ini berlaku 24 tahun yang lalu. Ketika itu aku berada di tingkatan 2. Aku ni dari dulu suka menulis, setiap penulisan aku diabadikan
ke dalam sebuah buku nota dan aku akan hiaskan buku itu dengan gambar serta corak yang cantik supaya sedap mata memandang.
Aku akan menulis pelbagai cerita dan kisah yang berlaku di sekeliling aku ke dalam buku tersebut sebagai cerpen. Biasalah kan zaman anak – anak remaja di mana pemikiran mereka kebanyakan ke arah kisah yang romantis dan puitis.
Jadi cerpen aku juga kebanyakan bertemakan kisah cinta dengan bahasa yang berbunga – bunga dan puitis seolah – olah aku menulis di dalam sebuah diari. Keseluruhan cerpen yang aku tulis, watak yang biasa aku tulis adalah ‘aku’ yang menceritakan kisah diri sendiri walaupun sumber ilham tersebut aku dapat daripada kawan – kawan.
Buku cerpen itu aku akan serahkan kepada kawan – kawan yang berminat untuk membaca. Alhamdulillah ramai kawan – kawan aku suka membaca hasil penulisan aku. Jadi buku tersebut akan bertukar tangan dan kadangkala apabila kembali kepada aku ianya sudah seperti kertas pembalut belacan.
Kisah antara aku dan cikgu itu bermula di sini. Satu hari buku tersebut telah dir4mpas oleh pengawas yang bertugas ketika sesi ‘sport check’ kelas dijalankan. Waktu itu aku tidak hadir ke sekolah dan buku tersebut dir4mpas daripada tangan kawan aku.
Pada keesokan harinya nama aku dipanggil oleh cikgu disiplin. Aku yang tidak dimaklumkan terlebih awal tentang buku tersebut dengan senang hati pergi mengadap cikgu tersebut. Pada aku mungkin nama aku dipanggil untuk diberi jawatan sebagai pengawas sekolah kerana aku merupakan salah seorang calon baru pada tahun tersebut.
Setibanya aku di meja, tiba – tiba jantung aku berdegup laju ibarat aku sedang berlari di ‘marathon’ apabila terpandang buku cerpen aku yang sarat dengan kisah – kisah cinta kawan – kawan ada di meja beliau. Aku memandang cikgu disiplin yang turut merenung aku ibarat singa lapar yang ingin menerkam m4ngsa.
Aku menarik nafas panjang dan cuba bertenang. Pelbagai ayat aku baca di dalam hati untuk menyejukkan hati beliau termasuk surah Al-Baqarah Ayat 18, ‘summun bukmun ‘umyun fahum’ berkali – kali. Ayat tersebut telah diajar oleh ustazah yang mengajar aku mengaji untuk mengunci mulut orang yang ingin mengajukan soalan dalam keadaan yang marah kepada kita.
Berkali – kali aku membacanya sambil menghembus ke arahnya dengan perlahan. “Kamu tahu kenapa cikgu panggil kamu…?” Soalnya lembut setelah beberapa minit membisu… aku angguk sambil memandang buku cerpen aku.
Apabila melihat beliau berlembut perasaan aku sedikit tenang. “Semalam kamu tak datang pergi mana..? Ponteng sekolah dating dengan Harris… ?” Beliau mengajukan soalan pada aku. Dalam ketakutan itu terselit sedikit rasa bangga kerana beliau telah membaca cerpen aku sehingga habis kerana kisah ‘Aku dan Harris’ itu berada di beberapa muka surat terakhir buku.
Jika ada yang ‘skip’ bacaan pasti tidak akan temui cerpen itu. Rupa – rupanya beliau menganggap cerpen aku itu sebuah diari mungkin kerana hiasannya agak cantik dan bahasanya berbunga – bunga. Aku cuba yakinkan pada beliau bahawa Harris tidak wujud dan buku tersebut hanya sebuah cerpen yang terhasil daripada hobi aku yang suka menulis.
Sebanyak 3 kali aku terp4ksa mengadap beliau dalam tempoh itu. Akhirnya aku dikenakan tindakan disiplin kerana tidak berjaya meyakinkan beliau. Beliau meletakkan aku di bawah jagaan guru kaunseling dan jika aku gagal hadir ke sesi kaunseling, ibu bapa aku akan dipanggil dan buku tersebut akan diberi kepada ibu dan bapa aku.
Aku tidak mahu benda ini berpanjangan dan menjadi lebih teruk. Jadi aku terp4ksa hadir ke kaunseling 3 kali seminggu walaupun sesi tersebut berakhir hanya dengan seribu kebisuan. Pada pendapat kalian, apa yang harus aku ceritakan pada cikgu kaunseling tersebut sedangkan kebenaran yang aku ceritakan mereka tidak percaya.
Semua kawan – kawan aku dipanggil dan mereka dik4takan bersubahat dengan aku kerana sembunyikan cerita sebenar. Hanya sebuah adaptasi cerpen seorang remaja berusia 14 tahun, aku dipinggir oleh beberapa orang guru kerana pada mereka aku seorang pelajar yang tidak bermoral.
Sedangkan mereka lebih mengenali aku merupakan seorang pelajar yang tidak banyak cakap dan patuh pada undang – undang sekolah. Aku kecewa kerana cerita buku cerpen aku yang dianggap diari itu tersebar. Akhirnya aku menjadi benci pada beliau (guru disiplin).
Setiap kali aku bertemu dengannya perasaan benci aku akan membuak – buak lebih – lebih lagi setiap kali aku berselisih atau bertembung dengannya, beliau pasti akan perli aku… “Tak keluar dating ke…?” “Pakwe dah lari ke…?”
Semuanya aku baIas dengan jelingan t4jam dan aku tahu beliau sedar aku sedang membencinya. Akhirnya aku tamat tingkatan 2 dan naik ke tingkatan 3. Aku fikir ianya sudah berakhir kerana beliau merupakan guru disiplin sesi petang manakala aku telah masuk sesi pagi.
Rupanya tidak, beliau turut bertukar ke sesi pagi dan beliau sendiri yang mengajar aku mata pelajaran. (Biarlah menjadi rahsia aku). Bermulalah hari – hari yang membosankan untuk aku. Setiap kali tiba kelas beliau, beliau akan pulaukan aku. Beliau abaikan aku.
Apabila tiba giliran aku menjawab soalan beliau akan menuduh aku melihat buku atau setiap kali aku menghantar latihan beliau akan mengatakan aku meniru jawapan kawan – kawan. Teruk tak layanan beliau kepada aku… ?
Mungkin beliau menganggap aku keras kepala kerana tidak memberi kerja sama semasa sesi kaunseling yang lepas. Tapi kebenaran apa yang mereka mahu daripada aku setelah aku jelaskan bahawa itu hanya satu penulisan.
Aku yang masih menjaga aib kawan – kawan tidak berterus – terang bahawa cerpen aku merupakan kisah benar kawan – kawan aku kerana tidak mahu mereka terpalit sama dengan masalah aku lalu aku rahsiakan dan aku katakan itu adalah imaginasi aku sendiri.
Lalu mereka (guru – guru) menganggap aku merupakan pelajar yang tidak bermoral. Satu hari dan hari itu aku akan kenang dengan seribu penyesalan betapa biadabnya aku kepada beliau. Beliau meminta kami para pelajar berdiri dan akan menanyakan satu soalan.
Tiba giliran aku seperti biasa beliau akan menuduh aku melihat buku jawapan. Tanpa menjaga air muka aku beliau dengan kuat memperli aku. “Orang lain jawab tak tengok buku. Kamu jawab tengok jawapan dalam buku… Gi dating jer lah… Tak payah belajar…”
Walaupun tidak disebutkan nama aku tapi aku tahu ianya ditujukan kepada aku. Lalu aku bangun dan mengambil buku nota, teks dan buku runjukkan mata pelajaran yang beliau ajar lalu aku campak ke dalam tong sampah.
Semua kawan – kawan melihat ke arah aku termasuk beliau. Aku keluar lalu pintu belakang dan berdiri di tembok. Ingin sekali aku panjat tembok (tingkat 2) tu dan terjun ke bawah mujurlah tidak lama kemudian loceng berbunyi tanda waktu rehat.
Beliau lalu di belakang aku dan berkata “Kecik – kecik dah meIawan…” aku membisu sahaja. Aku tunggu beliau panggil aku atau ibu bapa aku ke sekolah namun semuanya berlalu ibarat tiada apa yang berlaku. Selepas hari itu aku dah tak jumpa beliau lagi.
Rupanya beliau hanya menggantikan guru perempuan yang bersalin dan kembali ke sesi petang. Hari berganti hari dan PMR aku jawab dengan tenang sekali. Mata pelajaran yang beliau ajar aku t4rget A atau B alhamdulillah t4rget aku mengena untuk membuktikan aku benar – benar belajar.
Selama ini aku tidak meniru kawan atau meniru jawapan di belakang buku. Bukan mata pelajaran yang beliau ajar sahaja malah beberapa mata pelajaran lain juga t4rget aku mengena. Sewaktu aku ambil keputvsan aku terserempak dengan beliau.
Beliau senyum dan angkat ‘thumbs up’ tinggi – tinggi pada aku. Aku tak pasti itu tandanya apa. Ketika itu baru aku faham, beliau bukan membenci tetapi ingin mendidik aku. Baru aku sedar selama ini aku diperhatikan dan mungkin kedatangan beliau pada hari tersebut kerana ingin melihat keputvsan aku.
Aku tidak sempat bertemu beliau kerana kekangan waktu ketika itu. Aku juga tidak berusaha untuk mencarinya kerana pada pendapat aku, kami akan bertemu pada tahun hadapan. Naik tingkatan 4 aku dengar beliau sudah bertukar ke sekolah lain di luar daripada Negeri P….
Tidak sempat untuk aku bertemu dan meminta maaf daripada beliau di atas tingkah laku aku yang biadap terhadapnya. Aku harap beliau telah pun memaafi aku dan menghalalkan setiap pelajaran yang telah beliau ajar pada aku selama ini. Cikgu… Baru aku tahu, marah tandanya sayang… Terima kasih cikgu… – CPA (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
ام ايمان : Ya… saya juga bila telah menjadi guru baru saya tahu selama ni guru marah kita kerana mereka sayang dan nak kita jadi orang berjaya. Masa kecik dulu bila orang marah rasa sebab orang benci. Sekarang kalau saya marah murid saya akan bagitahu cikgu marah sebab cikgu sayang kamu, bukan sebab cikgu benci. Mungkin cara kita menyebabkan murid berkecil hati.
Siti Arnizan : Cikgu marah untuk mendidik? Dalam kes ni sesuai ke nak apply ayat tu? Perli, mengaibkan pelajar hingga pelajar str3ss, buat ramai orang percaya yang pelajar tu bermasalah. Sedangkn hakik4tnya tidak. ITU bukan mendidik.
ITU menjatuhkn hukvm tanpa bukti. Lepas tu, nak c0ver rasa bersalah dengan hanya thumbs up setelah dapat result? Nasib baik budak tu mentaI dan em0si kuat. Cuba kalau tekanan yang dirasa tu, tak boleh dihandle dengan baik hingga prestasi merudum??? It is such a criminaI. Jen4yah seorang guru yang merosakkan kredibiliti dan harga diri pelajar. APA lagi hak untuk dididik dengan sewajarnya.
Honey Abu Bakar : Kadang – kadang gurauan mengusik anak murid memang kasar. Begitu lah, ade yang suka mengusik gertak macam ni. Zaman sekolah menengah menulis cerpen tu biasa sebab memang ade subjek bm dan sastera.
Nasib tak kena r4mpas macam ni ye. Kita tak pernah kena kasar macam ni memang mudah sentap. Sesetengah murid lagi diusik lagi sengeh dan bagitau bukan macam tu cikgu. Mungkin cara dia nak tarik awak bersembang tu cara kasar.
Tambah cikgu lelaki. Kalau diperhatikan memang lah murid yang lembut penuh adab cepat terkesan berasa hati. Yang lasak nakal lagi digertak lagi diiorg sengeh senyum waktu cikgu bagi pesanan peringatan. Harap Allah lindungi anak murid jangan la sampai tekanan pulak.
BACA: Zarina Anjoulie dedah perangai busuk kawan baik -“Dia tak sedar diri dah tak popular”