Nilai denda lagi murah dari isytihar harta, rupanya ini jumlah harta bekas menteri kewangan

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mendeklarasikan harta,

termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat, dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, dan Kedah.

Daim, yang berusia 85 tahun atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, hadir ke mahkamah dalam keadaan duduk roda dan

Nilai denda lagi murah dari isytihar harta, rupanya ini jumlah harta bekas menteri kewangan

Beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah, dan minta dibicarakan,” katanya di luar kandang tertuduh.

Menurut pertuduhan, Daim didakwa dengan sengaja memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 Nov 2023 yang dihantar kepadanya oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpangkat Pesuruhjaya pada 14 Nov 2023, iaitu dengan tidak mendeklarasikan harta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Dis 2023 mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Harta yang tidak diisytiharkan termasuk akaun bank Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN), tujuh kenderaan mewah seperti Rolls Royce Royce 2 Axle Rigid Body, tiga Mercedes Benz, dan sebuah kereta Jaguar XJS HE, Austin Morris Austin, dan Ford Prefect.

Selain itu, terdapat 38 syarikat yang tidak diisytiharkan termasuk Ibu Kota Developments Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd, Dream Cruiser Sdn Bhd, Landbelt Corporation Sdn Bhd, Kenari Teliti Sdn Bhd, dan lain-lain.

Harta lain yang terlibat termasuk 25 hartanah, termasuk beberapa unit kondominium, rumah, dan hotel di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, dan Kedah.

Isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, sebelum ini juga dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan serupa. Siasatan terhadap Daim bermula daripada maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora, yang merupakan pendedahan mengenai dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan menggunakan perkhidmatan luar pesisir atau syarikat berpangkalan di luar negara.

BACA: Ini cara baca kod yang ada pada ‘sportrim’ kereta ramai tak tahu