“Masa suami koma, aku cuba buka fon suami tapi tak boleh, bila aku buka beg kerja dia masa tu aku jumpa macam-macam surat”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Assalamualaikum warga facebook. Mohon hide profile saya ya. Saya sekadar nak berkongsi pengalaman.

Saya dan suami sudah berumahtangga untuk beberapa tahun dan alhamdulillah kami dikurniakan seorang anak yang sangat baik.

Dari awal perkahwinan saya tak pernah check hp suami saya sebab level kepercayaan saya pada dia sangat la tinggi.

"Masa suami koma, aku cuba buka fon suami tapi tak boleh, bila aku buka beg kerja dia masa tu aku jumpa macam-macam surat"

Sampai la satu masa tu kata hati saya kata, suami saya ada perempuan lain belakang saya. Untuk tempoh beberapa bulan saya bagi hint kat dia tapi dia tetap tak nak mengaku.

Tapi hati saya memang kuat kata dia ada perempuan lain kat belakang saya dan menguatkan lagi instinct saya bila suami saya tak bagi langsung saya pegang hp dia dan dia off notifications dia. Nak dijadikan cerita, satu hari suami saya kemaIangan jalan raya dan keadaan suami sangat kritikaI tak sedarkan diri.

Saya bergegas ke hospitaI dan uruskan hal suami saya tu. Saya belek – belek la beg galas yang dia selalu guna tu. Saya tengok dalam beg dia penuh dengan surat – surat cinta, nota – nota cinta dia dengan gf dia dan beg yang dia selalu guna tu rupanya gf dia yang belikan.

Allahu. H4ncur luIuh hati saya masa tu tapi saya kuatkan hati saya dan saya tak nak fikirkan hal tu sebab keselamatan suami saya yang penting. Suami saya k0ma selepas operation sebab ada keced3raan di kepala dia agak teruk.

Pada ketika itu hati saya tak tenang sebab risaukan suami saya dan terfikir – fikir tentang skandaI suami saya tu. Saya tak boleh nak buka telefon suami saya sebab suami saya dah tukar password. Lepas tu saya tergerak hati untuk call no suami saya guna hp saya dan bila saya tengok rupanya suami saya takde simpan nombor telefon saya.

Naik nombor je. Selalu suami saya save nama saya, CINTAKU. Allah, h4ncur Iebur hati saya ketika itu.. Menangis saya. Masa ni suami saya dah seminggu lebih k0ma tak sedarkan diri, hingga satu hari doktor call saya nak jumpa.

Saya jumpa doktor dan doktor benarkan saya jumpa suami saya (musim covid pelawat tak dibenarkan masuk melawat pes4kit dan ketika ni hati saya benar – benar kecewa dengan suami tapi risaukan keadaan dia). Doktor cakap keadaan dia masih sama dan tak ada apa – apa respond positif dari suami.

Doktor benarkan saya jumpa dia dan bercakap dengan dia mana tau boleh bantu dia sedar. Pada masa tu saya takde apa nak cakap pada dia kerana saya betul – betul kecewa dengan dia. Doktor terk3jut dan doktor benarkan saya balik.

Saya balik rumah dan cuba pujuk hati saya untuk terima dan maafkan segala perbuatan suami saya kerana keadaan dia sekarang ni 50/50. Malam tu saya tak boleh tidur. Saya solat sunat, mengaji dan baca yassin dan minta pertolongan dari Allah.

Lepas tu saya tertido di sejadah. Saya tak ada mimpi apa pon masa tertido tu tapi hati saya tenang dan redha dengan semua yang berlaku. Saya tak putvs – putvs doakan suami saya. Pagi tu saya call doktor minta izin doktor untuk jmpa suami saya dan bercakap dengan dia kerana semalam saya tak bercakap dengan dia.

Doktor izinkan tapi hanya 10min sahaja. Saya masuk, saya bisik di telinga kanan dia. Saya cakap, “hon (a.k.a HONEY), ayang tau apa yang honey buat buat belakang ayang. Tak mengapa hon, ayang maafkan hon dan redha segalanya.

Ayang pon minta maaf atas segala kesalahan ayang pada hon. Hon bangun ya. Anak kita tunggu ni. Family semua tunggu hon bangun. Hon kena bangun tau. TAK apa, ayang tak marah. Ayang dah redha.” Saya pegang usap bahu suami saya sebab suami saya suka kalau saya buat macam tu pada dia.

Saya keluar terus balik. Balik dengan hati yang betol – betol tenang. Keesokan pagi, saya call wad suami saya (saya memang hari – hari call sebab nak tau perkembangan suami) dan alhamdulillah nurse yang jaga suami saya cakap suami saya dah sedar. AllahuAkhbar.

Masa tu saya happy tak tau nak cakap macam mana. Saya masih tak dibenarkan pergi tengok suami tapi doktor kata suami saya akan terus dipantau dan kalau suami saya m4kin sihat, suami saya akan dipindahkan ke wad biasa.

Alhandulillah suami saya sem4kin sihat dan dipindahkan ke wad biasa. Saya pulak terus cuti (sebab saya bekerja) dan jaga suami saya sepenuhnya. Bila suami saya dah boleh balik rumah, lepas kami solat, suami saya peIuk saya sambil menangis dan mengaku segala perbuatan dia di belakang saya.

Masa tu saya hanya senyum dan maafkan dia dan alhamdulillah suami saya sekarang ni dah 100% sihat dan hp dia tak ada password dan dia tak ada rahsia apa – apa dari saya. Hopefully suami saya betul – betul berubah. Saya berserah segalanya pada Allah..

(P/S: MAAF CERITA PANJANG SANGAT. SEKADAR NAK BERKONGSI. Kepada para pembaca, tuan/puan boleh buat kesimpulan sendiri dari kisah saya ini.

Komen Warganet :

Nurhidayah Abdullah : Saya dah merasa sis dari kahwin sampai fasa 14 tahun dia tulis my wife. Lepas tu masuk 15 tahun dapat tau tukar pada nama. Tak lama kemudian dia delete terus sorok segala benda, fb dia block.

Allah je tau tapi takpe Allah tu tak tido, Allah maha adil. Kant0i semua kenapa jadi macam tu, saya biar kan je. Sekarang masuk 16 tahun dia sendiri tukar pada my wife semula. Mungkin dah insaf.

Mikaeil Kaeil : Apa yang terjadi itu semuanya sudah ditentukan oleh Allah swt. Apa yang dah terjadi mesti ada hikmahnya dan insyallah moga ada kebahagian yang akan menanti di masa hadapan.

Apa yang kita ketahui Allah swt itu lebih maha mengetahui. Saya kagum dengan kesabaran dan semangat puan mungkin itu semua kerana puan tidak leka untuk menunaikn solat 5 waktu yang telah diamanah oleh nabi Muhamad s.a.w kepada kita.

Solat itu lah tiang kehidupan bagi manusia yang beragama islam. Ikhlas dari hati saya sebagai saud4ra seislam saya doakan semoga puan mendapat keredhaan dari Allah swt khususnya di dalam perhubungan alam berumahtangga. Assalamualaikum.

Jie Di Amz : Apabila meletakkan keseluruhan kepercayaan dan pengharapan kepada yang Haq. Maka hasilnya amatlah menakjubkan. Manusia boleh berubah atas kehendakNya. Nasib dan situasi boleh boleh diubah dengan doa dan usaha yang seiring. Satu teladan yang dapat dinilai keberkatanNya. Semoga keluarga puan dalam lindunganNya.

Cahaya Hidayah : Sebab dia dah rasa ambang kem4tian tu macam mana. Dia dah rasa macam mana dalam k0ma tak boleh nak bercakap jumpa bini nasib masih di beri peluang untuk bersama family kalau m4ti, hmm tak sempat nak minta maaf dengan bini dia.

Syukur itu adalah 1 ujian buat si isteri dan pengajaran pada suami. Semoga dia terua insaf dan berubah lebih yang baik sebab dia dah dapat yang terbaik untuk dia rugi kalau lepaskan. Tuhan tu kalau nak tunjuk dia akan tunjuk kadang dengan cara yang tak terduga.

Rafsyatul Aifa : Untuk pengetahuan wanita – wanita sekalian, yang bernama lelaki a.k.a suami jangan pernah letak kepercayaan dekat dia 100%. Sebab ujian rumahtangga itu benar, dia akan datang bila – bila masa saja.

Kalau bukan masa awal kahwin, mungkin petengahan perkahwinan tak pun hujung perkahwinan. Masa ni dah kerepot, dari sudut pandangan orang sekeliIing hampir 50-70% juga pasangan yang diuji dengan kehadiran orang ke-3.

Kalau letak kepercayaan 100% sekali kena bukan jatuh terduduk ja, tergoIek jatuh dalam gaung pun boleh, hahahha. Siapa yang harini mungkin suami dia baik giIa layan korang seisi keluarga dengan baik tapi simpan la sikit rasa curiga sebab tak mungkin 1 hari dia akan buat hal.

Manusia hati berbolak balik, kalau dalam hati ada jugak perasaan curiga jadi apa – apa kita sempat haIang. Yang duk percaya 100% tu yang bah4ya, sedar – sedar laki dah kahwin lain 2 3 tahun dah, kita baru nak tau. Tak boleh nak buat apa dah.

BAca: Disangka tengah gunting kertas, ibu terkejut rupanya anak tengah gunting duit belanja barang dapur!