Nikmat masakan dari tangan ibu memang tak dapat ditandingi.Seperti pengalaman seorang wanita ini yang memutuskan
untuk menjelajah dapur ibunya demi mengungkap rahsia di sebalik keenakan pai epal yang selalu dihidangkan.
Berbicara mengenai pengalamannya di laman X, Sarah McGonagall terkejut apabila menemui lebih daripada 30 bungkusan rempah ratus yang sudah melepasi tarikh luput.
Kejutan bertambah apabila terdapat rempah yang sudah berusia 24 tahun terdapat dalam stok dapur ibunya.
Berikutan itu, Sarah membersihkan semua rak rempah di dapur ibunya dan memeriksa tarikh luput setiap produk.
Katanya, pek campuran koko panas yang sering diminum semasa zaman kecil juga ditemui.
Kongsiannya mendapat pelbagai reaksi dari pengguna internet.
“Rempah tidak akan luput, tetapi hanya kehilangan keberkesanan. Semuanya masih baik, anda hanya perlu menggunakan lebih banyak untuk rasa.
“Perlu menulis semua yang dibuang supaya boleh dibeli sebagai ganti.
“Saya membantu nenek saya dan menemui sebuah kotak timah yang dahulunya dihapuskan berperingkat selepas Perang Dunia II,” ujar beberapa pengguna internet.