Saya harap cerita saya ni viral dan orang orang yang berkenaan dapat baca dan hadam. Saya pernah baca cerita pasal kakak ipar dari ner4ka.
Sebagai seorang isteri yang duduk serumah dengan adik ipar. Ayuhlah dengar cerita ini…
Semenjak saya kahwin dengan suami saya, adik ipar minta nak tumpang rumah disebabkan tempat kerja dengan rumah kami dekat sahaja.
Jadi bayangkan awal – awal perkahwinan, nak sweet – sweet tak boleh nak tunjuk sangat sebab ada adik ipar. Dalam bilik jelah boleh sweet. Itu masih boleh diterima.
Sampai lah satu hari kami pergi bercuti. Bilik kami tak dikunci. Si adik ipar mesej suami katanya dia dah masuk bilik kami dan tido bilik kami pasang aircond sebab dia panas. Bilik dia takde aircond. Saya marah. Beng4ng. Tapi suami tak faham kenapa saya marah.
Common sense wahai suami, orang luar tidur bilik kelamin tu salah. Bila tegur si adik, dia melenting. Cakap kami ni kedekut. Nak dipendekkan cerita. Sekarang saya dah ada anak. Untuk pengetahuan semua. Rumah kami bukan rumah villa. Rumah kami sempit sahaja. Cukup buat keluarga kecil kami.
Tapi disebabkan ada adik ipar yang tak reti reti nak keluar rumah. Hari – hari saya makan hati. Adik ipar saya seorang perempuan melayu terakhir ye. Hari – hari basuh baju guna mesin basuh. Sampaikan kalau ada baju kami dalam mesin pun dia buang ye sebab nak basuh baju dia.
Jadi tuan rumah setiap kali hujung minggu terp4ksa pergi dobi. Tak berkesempatan nak guna mesin. Masak ke makan ke, dibiarkan je sebab saya dianggap macam orang gaji dia. Tuan rumah yang kena siapkan semua ye untuk dia.
Makanan? Dari kahwin sampai anak dua, sekalipun tak pernah belanja makan. Beli beras memang tak lah sebab dia kata yang kami laki bini ni kaya. Ye lah sebab dua – dua kerja. Tapi kami ada dua orang anak (taska dua – dua) nak kena tanggung tambah dia lagi pun kami plak yang kena tanggung.
Walaupun dah kerja, bab makan masih lagi kami tanggung. Sebagai kakak ipar yang tak pernah memarahi apetah lagi tinggi suara. M4kin lama m4kin naik lemak per4ngai adik ipar aku ni. Untuk pengetahuan pembaca, saya ni seorang anak yatim yang mempunyai 6 orang adik beradik. Adik beradik semua ada di kampung.
Bila ada adik beradik nak datang rumah, terp4ksa mereka sewa hotel. Iyelah dah auratkan dengan adik ipar ni. Nak duduk sembang lama – lama pun tak syiok sebab adik ipar akan berkurung je dalam bilik. Tak keluar pun nak salam ke ape.
Rela tak keluar makan minum sebab tak nak jumpa keluarga saya. Nak jaga aurat katanya. Mestilah adik beradik saya rasa serba salah. Kadang – kadang dia telefon je adik beradik suami saya siap ajak makan lagi kat rumah kami padahal suami tak ada ajak pun. Yang kena masaknya siap lagi kalau bukan saya.
Lepas tu bila semua balik, yang kena kemas pun saya juga. Itu tak kira bila kami tak ada di rumah, dia ajak semua kakak ipar adik ipar yang lain datang tidur rumah kami. Tuan rumah tak ada pun tapi diajaknya datang tidur lepak rumah kami.
Sepanjang saya ada anak, tak pernah sekali pun dia rela nak tolong jaga anak saya. Malah disepahkan lagi rumah kita. Memang perempuan melayu terakhir. Rupa adik ipar saya ni sangat lawa. Lelaki tengok pun rebah tapi kalaulah lelaki lelaki tahu per4ngai dia ni.
Astaghfirullahalazim. Banyak lagi saya nak cerita. Maaf sangat kena cerita dekat sini. Ini pengajaran buat ipar duai di luar sana. Menumpang rumah orang tak salah. Yang salah bila tak ada impian untuk keluar dan buat rumah tumpangan macam rumah sendiri yang ada orang gaji (saya). – Ms. A (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Haajar Mohd Puad : Pindahkan mesin basuh masuk dalam toilet bilik, lantak kan la semak ke apa ke. Make sure setiap kali pergi keje kunci bilik. Kalau dia tak faham lagi taktau la. Takpun, kalau da memang tuan tanah asyik kena pergi dobi je, let go kan je mesin basuh tu kat yang memerIukan, cakap sedekah, lagipun bukan kita dapat guna pun.
Bab makan, kalau mampu untuk beli makan luar. Hari bekerja lepas ambil anak terus la singgah makan kat luar. Masak hujung minggu je. Suami tu pandai la dia nak makan apa nanti. Takyahla nak jadi maid masakkan untuk adik ipar tu.
Hujung minggu kalau tak panggil family awak datang rumah tu, siap – siap la ajak suami kleuar bawa anak jalan – jalan, dia kalau nak jemput adik kakak dia, pandai la dia yang masak ke apa ke. Jangan plak baik hati pergi masakkan. Yang paling penting, bilik kelamin dan bilik anak kunci setiap kali keluar dan jangan tinggalkan kunci spare kat rumah. Protect your privacy.
Ummu Husna : Benda macam ni kena ada common sense. Bila duduk serumah, tolong lah apa yang patut. Sapu dan kemas sikit – sikit, tolong dekat dapur. Ni tengok awak kerja lagi dengan anak kecik lagi. Cuba lah empathy jangan fikir diri sendiri.
Lepastu buat tuan rumah macam orang luar. Patutnya nak jemput orang, nak keluar ke, nak pegi mana – mana bagitahu sepatah. Ini buat macam tunggul kayu. Orang yang ikhlas nak tolong lama – lama akan hilang juga keikhlasan. Slow talk lah dengan husband awak. Bagitahu apa yang awak tak suka. Semoga dipermudahkan urusan.
Suci Kelam : Akak buatlah reverse psychology. Jemput adik beradik akak bertandang tak kira waktu, kalau ada yg nak menumpang pun boleh. Hujung minggu je jemput adik beradik, buat makan – makan. PukuI 12 tengah malam baru balik rumah.
Makan minum dia tak payah sediakan, baju – baju dia dalam mesin basuh tu lemparkan je keluar. Akak tu tuan rumah. Berpakat dulu dengan adik beradik sebelum jemput mereka. Daripada giIa seorang diri, lebih baik giIa bersama adik ipar tak reti dek untung tu.
BACA: Akhirnya terjawab kenapa penjawat awam pengambilan baharu tidak berpencen ramai nak tahu
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio