Assalamuaikum min Tolong hide kan identiti saya. Saya berumur 24 tahun.. saya dah berkahwin pada tahun 2020.. walaupun masa tu saya belum ada pekerjaan tetap, tapi isteri tetap nak teruskan.
Kisahnya awal pernikahan kami saya diuji dugaan datang sorang wanita dalam hidup hinggga tahap terlanjur kami.
Dia pun belum tahu lagi status saya masa tu dan saya pun masa tu sembunyikan dari pengetahuan isteri saya lepas dari hari tu..
kami tiap2 malam keluar sama2.. dalam 2 bulan juga saya berhubung dengan dia.. sampai satu masa.. dia nak bawak saya jumpa dengan family dia.. tapi saya menolak permintaan dia..
saya bagi alasan masih awal nak jumpa family dia.. dalam diam2 saya dah melukakan hati isteri saya sebab saya jarang berhubung dengan nya.. jarang call, jarang wssp..
Isteri saya ni duduk negeri sebelah. Kami pjj sebab dia kerja gov.. jadi jarak saya dengan dia agak jauh.. dalam 3 jam juga kalau drive nak jumpa dia..
Tiap2 minggu saya pasti akan jenguk2 dia.. tapi apa yg dia nak saya pasti akan tunaikan.. kalau tak berkemampuan untuk saya,saya cuba juga usaha untuk tunaikan permintaan dia sebab tak nak dia kecewa..
Lepas 2 bulan hubungan saya dengan perempuan tu, akhirnya kantoi juga dengan isteri saya.. masa tu semua jadi huru hara.. isteri saya mintak ceraikan hubungan..
tapi saya merayu untuk pertahankan hubungan ini.. seminggu kami bergaduh. tapi saya sentiasa mengalah sebab sayangkan ikatan kami..
Akhirnya saya memilih untuk tinggal kan prempuan yang saya baru kenal tu.. saya tukar no baru, wssp baru.. lepas prempuan yang baru saya kenali tu tahu saya dah beristeri.
dia tetap gangu saya.. siap cakap lagi nak g4ngu hidup saya kalau saya tak tinggalkan isteri saya.. tapi saya tetap tak mengalah dan saya tetap pertahankn hbungan kami.. Alhamdulillah.. sebulan lepas itu, kami dah tak berhubung lagi.. dia pun dah tak gngu saya..
Lepas dari kejadian itu.. saya dah berjanji pada diri saya sendiri dan isteri saya yang saya tak akan melakukan nya lagi dan tak akan berulang benda macam tu.. hubungan kami beransur pulih..
berbagai cara saya buat untuk tarik hati dia balik dan melupakan peristiwa itu.. tapi tiap kali kami bergaduh pasti dia akan ungkit hal tu tadi.. tiap2 kali kami bergaduh.. dia akan mengimbau kembali peristiwa itu.. saya sampai dah tak tahu nak berbuat apa lagi..
Padahal saya dah betol2 tinggal kan perangai lama saya dan dah betol2 setia dengan dia.. tapi dia tetap tak percya kan saya.
Masalahnya sekarang perempuan tu tetiba ngadu pada isteri kalau dia mengandung anak saya sedangkan setiap kali bersama saya ada mengunakan s4rung. Hingga isteri saya aysik2 nak menuntut cerai tapi saya tak mungkin akan mengaku kalau itu anak saya.
Selepas kejadian tu mendapat tawaran kerja.. saya cukup gembira setelah sekian lama menunggu.. hari last sebelum saya melapor tempat kerja..saya sempat mencari ruang untuk berjumpa dengan isteri.
kami berjumpa untuk kali terakhir sebelum saya tinggalkan dia 6 bulan.. lepas saya melapor tempat kerja.. selama 6 bulan saya tak boleh nak berhubung dengan dia.. nak call nak chat semua tak boleh..
Lepas 6 bulan bertahan akhir nya saya dapat berjumpa kembali dengan isteri. perasaan saya masa tu dah tak fikirkan benda lain.. hanya nak jumpa dengan dia saja.. akhirnya kami berjumpa.. tapi saya terkejut sebab dia dah berubah..
perubahan dia sangat2 ketara sebelum saya tinggalkan dia.. dia dah berubah dari semua segi.. dah tak call tak wssp tak chat saya macam dulu lagi.. kalau saya tak mulakan dia akan tetap senyap..
Saya faham dia bekerja saya pun kerja sama2 kerja tapi dia tak pernah luangkan masa tuk call dan chat saya.. sampai ke hari ini perangai dia tetap tak berubah.. tetapi semakin parah.. kalau kami gaduh..
dia dah tak hiraukan kalau hubungan kami remggang.. sampai ke hari ini dia tetap dengan macam tu.. tiap kali dia mintak saya bagi jer apa dia nak.. dan tiap kali saya ajak bincang.. ade jer dia tukar topik.. saya ada cakap.. dia serius berpisah.
Ya dulu saya belum pekerjaan tetap.. bila saya dah dpat dia pulak macam nie.. Hp dia pun dah tak bagi kalau saya mintak.. siap nak gaduh2 lagi.. Fb insta wssp isteri dah tak ada lagi post hal2 saya.. kalau tengah record nak buat story fb @ insta tak nak bagi nmpk saya..
kalau boleh sehelai rambut pun tak nak bagi nampak. Semua dia hide dari saya. saya selalu fikirkan dia dah ada org lain.. tiap kali ajukan pertanya itu.. dia cakap ada saya seorang saja..
Tapi macam mana saya nak percayakan dia sedangkan gambar kami nikah dulu pun dah tak ada dalam fb dia.. Gambar saya sekeping pun tak ada dalam fb ig dia, saya nie dah macam orang tak betol rasa nya saya jer yang post hal2 dan tentang dia..