Sebuah berita melaporkan bahawa sepasang kekasih di Beijing, China terkejut apabila mereka menyedari bahawa selama enam bulan terakhir
Mereka telah tersilap menggunakan air tandas untuk minum, masak, dan mandi.
Tan dan pasangannya mulai menghadapi masalah kesihatan sejak pindah ke rumah baru pada bulan Mei lalu.
Lelaki itu mengalami masalah keguguran rambut dan jerawat yang teruk, sementara teman wanitanya mengalami batuk dan rasa keradangan di dada.
Beberapa bulan kemudian, Tan semakin terkejut apabila bil air kediaman mereka tidak diputus meskipun mereka belum membuat sebarang pembayaran. Mereka juga mendapati meter air tidak bergerak walaupun mereka menggunakan air setiap hari.
Setelah memanggil seorang tukang paip, mereka terkejut apabila menemui sebuah paip yang menghubungkan air tandas dan paip air utama.
Pasangan tersebut diberitahu bahawa mereka telah menggunakan campuran air dari paip tandas dan paip air utama untuk minum, masak, dan mandi.
Paip tersebut kemudian diperbetulkan, dan Tan segera meminta ganti rugi daripada firma sewa rumah itu.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio