‘Kerja bawa bas je’, syarikat ini tawar gaji RM17666 untuk pemandu bertuah

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Satu iklan jawatan kosong yang diterbitkan oleh syarikat bas telah mendapat sambutan yang memberangsangkan

Setelah menawarkan gaji sebanyak RM17,666 kepada pemandu bas.

Laman berita Mothership melaporkan bahawa syarikat Westpoint Transit Pte Ltd

'Kerja bawa bas je', syarikat ini tawar gaji RM17666 untuk pemandu bertuah

Telah membuka permohonan untuk jawatan pemandu bas pada 15 Januari yang lalu.

Hingga semalam, syarikat tersebut telah menerima sebanyak 1,292 permohonan untuk 10 jawatan pemandu bas. Daripada jumlah tersebut, 450 pemohon adalah warganegara Singapura, dan 30 di antaranya mempunyai ijazah universiti.

Lionel Lee, Pengarah Pembangunan Perniagaan Westpoint Transit, menyatakan bahawa mereka sebelum ini menjangkakan hanya menerima kira-kira 300 permohonan dalam dua sesi temu duga.

Namun, dia terkejut apabila iklan jawatan kosong pemandu bas itu mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Lebih kurang 60 peratus daripada pemohon adalah warga Singapura, manakala selebihnya berasal dari Malaysia, Indonesia, China, India, dan Myanmar.

BACA :“Rumah aku di tingkat 3, aku bole tahu suami dah balik tapi lama baru dia sampai, aku perasan lama jiran selalu jeling aku bila bertembung, ada benda tak kena”