“Hancur hati bila suami beli patung seks dan guna depan aku, rasa macam dia curang dengan aku”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Perkahwinan bukan sekadar penyatuan cinta antara dua jiwa, sebaliknya ia turut menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita.

Bercakap soal kehidupan di alam rumah tangga, hubungan kelamin antara suami isteri merupakan elemen penting

untuk memupuk keharmonian sesama pasangan meskipun topik itu jarang dibincangkan secara terbuka.

“Hancur hati bila suami beli patung seks dan guna depan aku, rasa macam dia curang dengan aku”

Terbaharu, kisah seorang wanita tular di laman X apabila dia mendedahkan suaminya memilih cara lain untuk memuaskan nafsu berbanding melakukan hubungan seperti pasangan lain disebabkan salah dirinya sendiri sebagai seorang isteri.

Dakwa wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia peka akan tindakan suaminya itu yang dikatakan berpunca daripada keengganannya melakukan hubungan kelamin.

“Hancur hati apabila suami aku beli patung seks dan guna depan aku. Aku rasa macam dia curang dengan aku.

“Aku faham aku selalu tolak untuk melakukan hubungan seks sebab masih tak bersedia nak mengandung.

“Aku tak bersedia nak alami perubahan bentuk badan. Aku selalu bagi alasan penat,” luah wanita itu dalam hantaran di X pada Rabu.

Disangka bakal mendapat sokongan netizen, sebaliknya wanita itu ‘terciduk’ apabila rata-rata pelayar X menyalahkannya dalam kes itu.

Menurut netizen, tindakan wanita itu dianggap mementingkan diri sehingga suaminya terpaksa mencari alternatif lain bagi memuaskan nafsu.

“Dah kira baik laki (suami) kau beli patung. Kalau dia bawa manusia, baru kau ada akal.

“Tak faham aku mentaliti perempuan macam ni. Sebiji kawan aku, tiga tahun kahwin tak mahu hubungan intim.

“Play victim pula. Okey la dia guna patung. Buatnya dia bawa bini nombor dua.

“Punyalah banyak cara nak rancang kehamilan, tapi kau rancang dengan tolak untuk layan suami,” tulis netizen.

Di sebalik kecaman yang diterima, segelintir individu turut meninggalkan komen cadangan serta saranan agar dapat menyelamatkan rumah tangga pasangan itu.

“Buat hubungan seks tak bermakna sis akan 100 peratus hamil. Gunalah perancang seperti kondom, pil atau Intrauterine Contraceptive Device (IUCD). Kamu akan selamat.

“Kenapa tak mahu jumpa doktor yang boleh bagi saranan untuk tak hamil? Kan banyak kaedah ada.

“Komunikasi adalah kunci dalam perkahwinan. Semua boleh bawa bincang. Matlamat tak halalkan cara,” tulis netizen lagi.

Untuk renungan bersama, secara asasnya seseorang isteri dilarang menafikan hak suami ke atas dirinya, bahkan menolak permintaan untuk bersetubuh dengan memberi helah adalah berdosa besar.

Menurut huraian di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, isteri dibolehkan menolak permintaan suami jika terdapat keuzuran syarak seperti ketika haid, nifas, keadaan zihar, sakit dan ketika ihram.

Diingatkan juga, Nusyuz boleh terjadi apabila isteri menolak hubungan seksual walaupun dalam bentuk memegang pada anggota yang dipilih suami.

BACA: “Sepupu boleh kahwin, tapi..” Doktor dedah sebab kenapa tak digalakkan kahwin sepupu sendiri