Cik B, anak kepada usahawan terkenal, Dato Seri Vida, menjadi tumpuan ramai apabila beliau berkongsi momen membeli sebuah kereta mewah.
Dalam video yang dikongsikan di TikTok, Cik B bersama ibunya, Vida, dan adik lelaki,
Kacak, pergi ke sebuah showroom untuk mencari sebuah kereta baru.
Dalam video tersebut, Cik B menyatakan hasratnya untuk pergi ke Kuala Lumpur, mengikuti perjumpaan bersama ibunya, dan merancang untuk membeli kereta.
Netizen terkejut anak usahawan kosmetik nak beli Brabus macam beli baju
Beliau menyatakan pilihan ke atas Mercedes G63 6×6 dan mengajak semua untuk melihat sama-sama jika ada model yang berkenan.
Cik B dan Vida terlihat memasuki dua kereta yang dipilih untuk melihat hiasan dalaman dan kualiti kereta tersebut.
Namun, perhatian ramai tertarik kepada gelagat anak beranak ini yang memilih kereta seakan-akan memilih pakaian.
Netizen turut terkejut apabila mendengar harga kereta yang disebutkan oleh seorang salesman, yang mencecah jutaan ringgit.
Dalam video itu juga, terdengar Dato Seri Vida bertanya dengan jenaka, “Ini Brabus ke? Kenapa tak nak ambil Brabus? Mama lagi suka hitam yang tu tapi kereta baru lah.”
Isu pemilihan kereta dan reaksi Vida terhadap pilihan tersebut turut menjadi perbualan dalam kalangan netizen.