Ramai golongan lelaki berperwatakan wanita atau mak nyah sudah berhijrah dan mengikuti kelas bimbingan pengajian al-Quran dan fardu ain
kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di bawah Unit Ar Riqab.
Pertubuhan Hijrah Republique Network memaklumkan bahawa mak nyah di sekitar Lembah Klang, ramai datang dari luar seperti Sabah dan Thailand.
NGO terbabit tidak pernah jemu selama beberapa tahun membantu ramai mak nyah terbiar untuk menjalani kehidupan dan bekerja di tempat lebih baik.
Ramai sudah berhijrah, rupanya mak nyah sekitar Lembah Klang kebanyakan dari 2 wilayah ini
Presidennya Mohd Al Khusyairi Mohd Ariff berkata, pihaknya menyantuni komuniti hijrah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), HIV dan penagih dadah dengan menggunakan cara berhemah dalam mendekati dan memujuk golongan itu.
“Kami ada cara tersendiri mendekati komuniti masih tegar ini bukan mengubah terus tetapi bermula dengan memberi ruang belajar agama secara tidak langsung lama kelamaan mereka terpujuk meninggalkan kancah hitam berkenaan.
“Jadi, melalui bantuan Ar Riqab, kami pastikan mereka mengikuti kelas bimbingan pengajian al-Quran dan fardu ain kendalian Majlis Agama Islam Selangor,” katanya, dipetik Harian Metro.
Menurutnya, masyarakat usah terus mengecam, malah pihak berkuasa perlu mengambil tindakan berhemah untuk mengeluarkan golongan ini keluar dari belenggu kegiatan tidak bermoral.
“Bukanlah maksud saya kita menyokong kegiatan dan gaya hidup songsang mereka lakukan, tetapi melalui pengalaman saya sendiri, isu LGBT ini perlu ditangani dengan cara berhemah.
“Ia tidak akan berkurang jika dibuat secara kasar atau paksaan sebaliknya gunakan pendekatan mendekati mereka dan berbincang secara baik lama-lama mereka akan lembut hati berubah ke pangkal jalan,” kata Mohd Al Khusyairi.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di Lorong Haji Taib dekat Chow Kit awal tahun baharu 2024 ini mendapati masih ada lagi mak nyah berkeliaran mencari pelanggan.
Ada antara mereka menawarkan khidmat urutan dan layanan seks dengan kos upah hanya RM50.
“RM50 saja, urut dengan main. Nak urut saja, abang cari perempuan. Kami perempuan juga tapi kami buat semua,” jawab seorang daripada mereka disambut ketawa daripada mak nyah lain di atas tangga.
Lorong Haji Taib sejak dulu popular dengan aktiviti persundalan dan mak nyah dengan hampir setiap tangga rumah kedai di lorong itu ada mak nyah berlonggok dan menahan sesiapa saja lelaki yang lalu, menggoda untuk menggunakan servis dosa mereka.
Namun, selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dikatakan lorong itu bersih, ditambah dengan kewujudan Balai Polis Chow Kit menggantikan pondok polis kecil yang ada sejak sekian lama.
Lokasi sama kini mempunyai pasar malam dan perkhidmatan urut tapak kaki yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung.
Walaupun sudah tidak seramai dulu, masih ada lagi kelibat mak nyah yang muncul setiap malam dan jumlah mereka semakin ramai menjelang tengah malam.
Baca:Nak suburkan tanaman tapi tak nak guna bahan kimia? Rupanya barang buang dapor pon boleh jadi baja