Lelaki ini berjaya dapat RM1.3 juta dari Kerajaan Malaysia, tapi dia tetap tak puas hati

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Lelaki ini berjaya dapat RM1.3 juta dari Kerajaan Malaysia, tapi dia tetap tak puas hati.

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh telah mengarahkan Hospital Melaka membayar ganti rugi sebanyak RM1.3 juta kepada seorang lelaki

Bernama Abu Baharin Abu Bakar kerana kecuaian yang menyebabkan kehilangan kaki kanannya.
Lelaki ini berjaya dapat RM1.3 juta dari Kerajaan Malaysia, tapi dia tetap tak puas hati
Hakim Mahkamah Sesyen, Elisabet Paya Wan, memerintahkan hospital tersebut membayar jumlah ganti rugi tersebut, termasuk pampasan untuk kos anggota palsu dan kehilangan pendapatan, setelah plaintif mengemukakan tuntutan saman.

Walaupun diberi ganti rugi yang besar, lelaki berusia 34 tahun itu tidak terlihat berseri-seri dan turut menyatakan bahawa kebahagiaan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Keadaan ini disebabkan selepas mengalami kecacatan fizikal, hubungan antara beliau dan isterinya menjadi tegang sehingga menyebabkan isterinya memilih untuk tidak tinggal bersama.

“Saya tidak lagi mempunyai kehidupan yang sempurna. Isteri dan anak lelaki saya yang berusia lapan tahun tidak tinggal bersama saya. Saya berasa sunyi dan terkadang bercakap dengan diri sendiri,” ujarnya.

Sebelum ini, lelaki tersebut, yang berasal dari Klebang, menjalani pemeriksaan kesihatan atas masalah lutut yang timbul akibat kemalangan motosikal pada tahun 2015 sebelum hospital melakukan prosedur pembedahan yang salah.

BACA: “Aku nangis dan cerita semua kat mak mertua, nasib baik mak mertua berpihak padaku, satu hari suami suruh aku balik rumah, ketika itulah, suami tarik..”