Di media sosial ini, pelbagai jenis barangan pelik dijual secara terang-terangan daripada alat mainan dewasa hinggalah ke tanah kubur.
Lebih mengerikan, ramai yang membeli tanah itu tanpa diketahui apa punca mereka memilih barangan tersebut.
Menurut portal Kilat, tular iklan gambar tanah kubur yang dijual di media sosial dalam satu platform e-dagang terkenal di Indonesia.
Dalam hantaran tersebut, pengguna media sosial itu membongkar terdapat segelintir penjual yang menjual tanah kubur secara online.
“Sudah ramai yang membeli,” kata individu tersebut dalam hantarannya.
Jelas terpapar harga pelbagai jenis tanah dijual bermula pada harga 50,000 rupiah (RM15), lebih mahal jika diambil terus selepas pembeli membuat pesanan.
“Tanah kubur si mati meninggal pada hari Jumaat Kliwon.
“Tanah kubur laris diambil selepas dipesan,” antara kapsyen gambar produk tersebut.
Rata-rata netizen mengesyaki tanah tersebut mungkin bukan dari kubur sebenarnya namun tidak menolak ia dibeli atas tujuan ilmu hitam.
“Tanahnya pasti diambil di tepi rumah sahaja. Kalau diambil dari kawasan perkuburan pasti akan dipukul penduduk,” kata seorang netizen.
“Ilmu hitam yang jelas membawa keburukan,” tambah pengguna lain.
Baca juga: Imam solat subuh baca surah panjang sangat, makmum bengang kelam kabut lambat pergi kerja