“Muntah darah bila dia tunjuk janin gugur, ini terjadi sebab dia rapat dengan mentua

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang wanita mula merasa ada sesuatu yang tidak kena apabila pekerja yang baru sahaja diambilnya terlalu rapat dengan mentua.

Cuba sehabis baik untuk bersangka baik, wanita tersebut langsung tidak menyangka bahawa pekerjanya itu sanggup berbuat perkara sumbang dengan mentua sendiri.

Berharap kejadian ini dijadikan sebagai pengajaran, berikut perkongsian seorang majikan yang nekad membongkar kegiatan sumbang pekerjanya dengan mentua.

“Muntah darah bila dia tunjuk janin gugur, ini terjadi sebab dia rapat dengan mentua

“Aku ingin ceritakan kisah seorang wanita yang diberi nama X. Mula kenal dia tahun lepas. Berkongsi tempat kerja yang sama. Aku ambil dia berkerja sebab terdesak nak dapatkan pekerja. Tetapi minggu pertama dia kerja, sudah nampak perkara tak kena. Sudahlah keluarga mentua X ini suka melepak di tempat kerja.

“Aku sampai semak kepala tengok hari-hari. Pernah beritahu X, aku tak suka tengok perkara ini. Bagiku, tempat kerja bukanlah lokasi untuk keluarga atau kawan-kawan lepak. Tetapi aku tengok, hubungan X dengan bapa mertua dia ini pelik. Sampaikan pekerja-pekerja aku yang baru pun perasan.

“Mereka menemui aku dan katakan pendapat yang sama, ada benda pelik antara X dengan bapa mentua dia. Aku pesan pada para pekerja, tak baik fikir bukan-bukan. Sebab dalam kepala otak aku cuma satu iaitu hubungan menantu dengan mentua tiadak akan putus walaupun sudah bercerai.

“Hal ini kerana antara mereka, sampai mati pun tetap tak batal air sembahyang. Jadi aku bersangka baik. Mungkin mereka memang akrab. Tetapi, pekerja lain mulai rasa curiga sampai mereka cakap si mentua ini berkelakuan macam dia suami X. Padahal X sudah lama bercerai dengan anak dia.

“Padahal, anak kandung kepada mentua X kerja dekat kawasan sama. Kenapa dia tidak bertenggek di sana sahaja? Terpaling sayang menantu kata mereka. Sampai tahap mereka semua bergaduh dekat tempat kerja. Bagi aku, mulut X ini agak kurang elok. Suka sangat memaki orang.

“Status di aplikasi Whatsapp tak lepas dari memaki semua orang yang ada masalah dengannya. Selamba buat status ditujukan kepada rakan sekerja dengan panggilan ‘anjing’. Aku ada tegur x. Tetapi dia tetap menegakkan benang yang basah. Beberapa bulan selepas itu, dia minta cuti. Aku tak luluskan sebab kekurangan pekerja.

“Lagi pula, X ini masih berada dalam tempoh pemantauan. Kemudian dia menangis. Katanya, keguguran. Aku terkejut besarlah sebab dia mengaku janda, tiada suami. Yang aku lagi terkejut, dia cakap janin itu anak mentua iaitu bapa bekas suaminya. Semakin terkejut bila aku dapat tahu yang dia sengaja gugurkan.

“Pekerja aku ini siap tunjuk janin yang sudah besar tapak tangan itu dekat aku. Nak muntah aku masa itu. Dia cakap umur janin dua bulan. Tetapi aku cuba tanya kepada kawan yang bekerja di hospital berdekatan. Katanya kalau besar tapak tangan dan sudah cukup sifat itu dalam 20 minggu usianya. Dalam lima bulan.

“Jika benar, maksudnya sebelum bekerja dengan aku lagi dia sudah mengandung. Katanya dipaksa. Tetapi apabila ternampak betapa manja dan gediknya dia dengan bapa mentua itu, tak nampak macam dipaksa bagi aku. Pekerja-pekerja lain juga tak mampu nak bersangka baik setiap kali tengok cara mereka berdua.

“X juga mengaku yang bapa mertua dia ajak berkahwin. Mendidih darah aku. Terus aku terangkan yang HARAM hukumnya sekiranya mentua menikah dengan menantu. Walaupun menantu itu sudah bercerai dengan anak mentua. Nikah dekat negara lain juga tak boleh. Dalam Islam masih HARAM. Aku cuba bersangka baik lagi.

“Aku memilih untuk percaya yang dia diperkosa. Walau cerita dia langsung tak logik. Sebabnya, aku jijik untuk fikir kalau dia sendiri yang relakan. Sebulan selepas itu, dia tayang teman lelaki baru pula. Tunang katanya. Tetapi tak malu dan tak segan guna kata-kata tidak senonoh antara mereka.

“Aku malas nak ambil tahu. Aku cuma pesan, jangan sampai membawa kepada zina. X janji dan katanya sudah menyesal dengan apa yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Aku selalu juga nampak dia buat panggilan video dengan lelaki. Aku anggap lelaki itu tunang dia.

“Sebab, aku bersyukur Alhamdulillah kalau betul yang X sudah jumpa orang baik dan mahu berkahwin dengannya. Tetapi selepas itu, aku dengar cerita kurang enak dari pekerja baru, katanya si X masuk lori pengedar roti. Selepas satu jam, baru keluar. Siang hari ya. Langsung tak malu dan tak segan.

“Macam mana nak bersangka baik lagi. Buat apa masuk bahagian belakang lori itu dengan bertutup semua. Berlainan jantina pula. Aku cuba untuk bersabar lagi. Tetapi sabar aku hilang masa X bercuti. Semasa itu, ada seorang wanita berpangkat kakak datang dekat tempat kerja kami untuk mencari X.

“Kata wanita itu, X sudah berzina dengan suami dia berkali-kali. Itu pengakuan suami dia sendiri. Aku memilih untuk cerita dekat kakak itu mengenai perkara yang X sudah lakukan sebelum ini termasuk hal mentua dia. Aku merayu padanya untuk pergi hospital dan buat pemeriksaan penyakit kelamin. Aku terpaksa cerita untuk yakinkan kakak itu pergi hospital.

“Hal ini kerana bagi aku, X ada terlalu ramai pasangan dalam masa beberapa bulan sahaja. Aku sudah tidak mampu untuk bersangka baik. Aku tiada niat nak buka aib dia dekat kakak itu. Tetapi aku sudah tidak mampu bersubahat lagi. Cukuplah rasa bersalah sebab ak7 simpan ‘aib’ yang dia bunuh kandungannya.

“Aku juga tak tahu dia buang janin itu dekat mana. Berdosa kalau dia tak kebumikan dengan cara yang betul. Sebab janin itu sudah cukup sifat. Aku tahu, aibnya terbuka sebab sudah bocorkan rahsianya dekat kakak itu. Tetapi aku nak kakak itu lakukan ujian penyakit kelamin.

“Cukuplah X sudah menghancurkan rumah tangga kakak itu dengan berzina dengan suami dia. Jangan pula tambah bala dengan penyakit. Aku sudah tidak sanggup lagi bersubahat. Biar aku tanggung dosa buka aib ni. Aku tak mampu sabar sebab dia bekerja dengan aku sambil guna pelanggan sebagai majalah untuk menggoda lelaki.

“Buat X, makilah aku semahunya. Aku tidak kisah. Ceritalah buruk-buruk pasal aku. Fitnahlah aku merata. Aku tak kisah. Asalkan kau dah tiada dalam lingkungan aku lagi. Pertama kali, ya aku boleh tutup aib kau. Tetapi kalau sudah berulang kali, itu sudah mengajak aku bersubahat.

“Aku tak boleh mengambil risiko kalau kau hamil dan gugurkan kandungan lagi. Jaga aib dan bersubahat itu berbeza sedikit sahaja. Buat kaum-kaum aku, tolonglah jaga kemaluan. Jangan murahkan harga diri dengan serahkan tubuh badan sewenang-wenangnya. Tak mengapalah kalau orang cop kita tak laku.

“Kerana, tidak berkurang pun nilai kita yang jaga harga diri di sisi Tuhan. Nanti, kau mungkin rasa ‘hot’ apabila dikelilingi lelaki dengan menyerahkan tubuh badan. Tetapi ingat, lalat suka hurung najis.” Kongsi Madam J (Bukan nama sebenar) menerusi satu hantaran di laman luahan atas talian.

Baca juga:Anak muda ini punyai hartanah di London nilai RM65 juta, rupanya bapanya bekas Menteri Malaysia