Assalamualaikum. Semasa aku duk tulis luahan hati aku ni, aku betul – betul tengah rasa marah, sedih geram dengan suami aku.
Aku tak tahu lagi nak buat macam mana. Aku ni dah kahwin 11 tahun, rumah tangga kami biasalah ada naik ada turun.
Takdelah bahagia sangat, dan tak d3rita sengsara sangat.Alhamdulillah Allah masih beri nikmat sihat untuk aku, anak – anak dan suami.
Cuma masalah kewangan kami yang agak ketara bulan – bulan buat aku runsing. Aku tak faham dengan per4ngai laki aku ni. Dulu masa awal 2 tahun kahwin, dia dah mintak rantai kahwin aku untuk pajak. Aku pon kesian dan sayang, aku bagi.
Akhirnya dia biarkan luput dan tak ambil peduli langsung rantai aku. Habis burn di kedai pajak. Cincin kahwin burn, cincin tunang burn, dan cincin mak aku bagi pun burn. Tapi tu kisah 9 tahun lepas. Lepas tu, dah tak ada isu pajak ni sangat sebab dia tak belikan aku apa – apa pun untuk dia mintak. Semua barang aku beli, atau mak aku punya.
2 tahun lepas dia ada belikan untuk anak aku rantai gelang emas, dan korang mesti boleh bayangkan, tak sampai setahun beli, dia mintak untuk pajak, dan sekali lagi, gelang tu pun burn di pajak gadai. Kesian anak aku, akhirnya mak aku yang belikan untuk anak aku gelang emas.
Ok, tahun lepas aku dapat baby, mak mertua aku hadiahkan gelang emas untuk baby aku, dan aku dah agak nasib gelang tu. Masa mak mertua aku n4zak s4kit, suami mintak untuk letak di kedai pajak dan janji akan ambil balik.
Aku pun bagi sebab nanti akan ada pembahagian duit mak mertua bila dia dah tiada, tapi sangkaan aku meleset. Burn jugak gelang budak kecik tu di kedai pajak. Masa aku mengandung, dia ada mintak cincin dan loket aku, aku pun bagi sebab kesian, dan memang terdesak nak pakai duit, dan bila dah masa nak renew surat, dia buat tak endah, sebab masa tu kami g4duh, last – last aku punya s4kit hati aku koyak surat tu sambil nangis..
Aku fikir memang nasib aku tak merasa nak simpan emas untuk diri aku. Sekarang ni, arw4h mak mertua aku ada bagi subang 2 jenis, rantai untuk aku dan rantai untuk anak aku satu. Aku dah tolak subang tu dan buat loket untuk anak aku sebab subang tu jenis orang lama – lama pakai, tiba – tiba suami aku wassap mintak subang tu untuk dia pi letak, konon duit tak cukup.
Aku kata subang tu aku tolak dah, dan aku pon terangkan aku dah bagi banyak barang kot, yang ni pun kau nak lagi ka? Pastu dia marah aku kata semua nak buat pandai, lepas ni jangan tanya dia apa dah kalau nak buat apa – apa.
Aku tersentap, tergamam. Peng0rbanan aku selama ni semua sia – sia. Tak dikenang, tapi aku la yang jahat sebab aku tak bagi barang mak dia. Ikut hati nak ja aku campak rantai mak dia yang aku pakai ni, tapi aku tak sanggup tengok satu persatu barang aku lingkup.
Kali ni aku tebalkan hati dan tak akan bagi dah apa pun barang untuk dia pergi letak kat kedai pajak. Hati aku h4ncur. Dan tiap kali g4duh, dia akan activated silent treatment dia. Buat tak endah, tak cakap berminggu – minggu, dan aku pon akan jadi str3ss balik pikir per4ngai dia.
Aku ni suri rumah ja, dia tu bekerja di syarik4t terkemuka kot, takkan bulan – bulan dapat gaji tak cukup, kau buat apa? Sungguh aku tak faham. Kalau pembaca kat luar sana yang baca kisah aku ni, apa the best solution aku nak buat. Nak aku bagi jugak ke rantai mak dia ni?
Rantai satu lagi kakak dia pegang, sebab suami aku sendiri suruh pegang takut dia pergi pajakkan. Aku buntu, down dan macam nak giIa fikir benda ni. – Siti (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nurul Hanisah Hanis : Penat lah baca.. Asyik-asyik bagi sebab kesian. 1st time tu kalau kesian takpe. 2nd time mungkin terdesak sangat. Kalau 3rd time awak kene involve jugak. Mintak dia surat pajak. Remind dia dan collect duit dia setiap bulan untuk kumpul duit t3bus semula.
Surat tu sendiri pun bernilai. Kalau tak mampu t3bus. Boleh jual surat tu kat seller emas. Nanti awak dapat lebihan duit barang kemas tu. Kalau saya tempat awak sekarang. Saya jual semua barang kemas yang ada. Satu pun saya tak tinggal.
Nu Ha : Sendiri bagi. Pastu expect ape? Kalau aku takde, barang kemas aku pantang diusik. Terutama yang mak aku bagi. Sayang suami pun jangan jadi ‘bank untuk dia’. Dia banyak duit keje elok.
Lain la memang dia susah s4kit kena buang kerja boleh la tolong. Bagi pastu merungut. Sendiri cari peny4kit.