Ini senarai 6 pasport paling berkuasa di dunia

Oleh DAHLIA MARZUKI

Buat kali pertama, rakyat daripada enam negara berkongsi kedudukan sama dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia untuk tahun 2024.

Difahamkan, enam negara yang menduduki tempat pertama dalam Indeks Pasport

Henley 2024 itu adalah Itali, Jerman, Jepun, Perancis, Sepanyol dan juga Singapura.

Ini senarai 6 pasport paling berkuasa di dunia

Pertama kali dalam sejarah sejak 19 tahun Indeks Pasport tersebut diwujudkan, enam negara berkongsi kedudukan teratas sebagai pemegang pasport berkuasa di dunia.
Hal ini kerana, rakyat yang berasal daripada enam lokasi tersebut bebas melakukan perjalanan dan melawat ke 194 negara tanpa memerlukan sebarang kelulusan visa.

Tiga negara iaitu Finland, Korea Selatan dan juga Sweden pula terikat di kedudukan kedua dengan akses tanpa keperluan kelulusan visa ke 193 daripada 227 destinasi.

Mengikut rapat, sebanyak 192 pintu negara terbuka tanpa memerlukan akses visa untuk penduduk yang berasal daripada Austria, Belanda, Denmark dan juga Ireland.

Berkongsi kedudukan keempat adalah Belgium, Luxembourg, Norway, Portugal dan United Kingdom yang diikuti rapat Greece, Malta dan Switzerland di tangga kelima.

Australia dan New Zealand pula meningkatkan kedudukan untuk berkongsi tangga keenam bersama Czechia dan Poland dengan akses bebas visa ke 189 buah negara.

Tidak tertinggal jauh, pemegang pasport Malaysia pula berkongsi tempat bersama dua negara lain iaitu Cyprus dan juga Liechtenstein untuk menduduki tangga ke-12.

Berada di tangga terbawah dalam rangking Hanley adalah rakyat daripada negara Afghanistan di kedudukan ke-104 dikuti Syria (103), Iraq (102) dan Pakistan (101).

Pengerusi Henley & Partners, Dr Christian Kaelin berkata, jurang di antara negara-negara teratas dan tercorot untuk 2024 menjadi lebih luas berbanding tahun lalu.

“Purata bilangan destinasi pelancongan yang boleh diakses tanpa visa meningkat hampir dua kali ganda daripada 58 (destinasi) pada 2006 kepada 111 pada 2024.

“Bagaimanapun apabila kita memasuki tahun baharu, negara-negara teratas kini boleh melancong ke lebih 166 destinasi bebas visa.” Jelas usahawan Switzerland itu.

Baca juga:“Awal kahwin hidup susah, aku kutip kangkung tepi parit buat makan. Bila dah senang, ada janda datang nak jadi bini nombor 2, dengar syarat aku terus tak jadi”