“Perempuan tu guru agama sekolah pedalaman, dia ngadu dari keluarga susah, mak ayah sakit kat suami, suami pun pemurah tak bertempat ni pun terkulai”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Hi semua. Ye kembali kita dalam luahan masalah rumah tangga lagi. Aku Anggrik dan ini kisah aku.

Waktu aku menulis ni, aku baru sahaja hantar aduan sispaa buat kedua gagak sejoli. Haha.. Aku telah berkahwin dan ikut suami ke negeri yang tak dapat mengembangkan karier aku.

ebanyakan pekerjaan yang aku pergi interview, ditolak atas dasar inginkan anak negeri dan mandarin speaker only.

"Perempuan tu guru agama sekolah pedalaman, dia ngadu dari keluarga susah, mak ayah sakit kat suami, suami pun pemurah tak bertempat ni pun terkulai"

Maaf bukan aku ingin sebarkan r4cism. Tapi ini kisah aku kan. Suami berjawatan tinggi dan bergaji lumayan. Sebab tu aku akur ikut dia.

Beza umur kami 8 tahun. Aku sangka dia matang, haha, mungkin dulu aku silap menilai ya. Macam yang aku kata, ini luahan masalah rumah tangga. Ya, rumah tangga kami tak normal. Suami dan aku seakan hanya berkongsi rumah, bilik dan bantal sahaja.

Orang luar sangkakan kami pasangan ter romantis sebab dulu aku rajin juga post detik bahagia kami. Masa berlalu begitu juga hati aku. Mana yang tak normalnya? Aku masih d4ra. Puncanya apa? Sebab aku tak dapat lupa gambar suami yang tak sepatutnya aku tengok awal kahwin dulu. Bukan sekali bukan dua, tapi berulang.

Pelbagai kecaman aku dah pernah kena dari perempuan – perempuan yang bersama suami. Tak pandai jaga suami lah, bini derh4ka lah. Aku diamkan dan aku selesai cara diam. Ya, ramai juga yang p4ksa aku untuk berpisah.

Aku dah pergi dah pun mahkamah. Suami tak nak ceraikan aku atas dasar ‘sayang’. Bersepah ya sayang dia tu. Mahkamah juga tak batalkan nikah aku atas sebab suami tak memukuI, masih beri nafkah dan tak berlaku k3jam. Pendamai mahkamah juga tidak membantu.

Waktu kami bercerita, sibuk main hp, asyik tengok jam dan seakan malas melayan kami. Fizikal aku sihat. Tapi mental dan em0si aku tak dijaga. Fasakh? Boleh. Tapi aku kena buka semua bukti yang ada ni depan mahkamah.

Benda ni yang aku paling berat nak tunjuk. Entah lah.. Aku berat nak buka aib ni. Tapi sebab kat sini tak ada siapa kenal aku kan. Sebab tu aku pilih bercerita di sini. Perempuan – perempuan tu semua ada yang undur diri cara baik, ada yang m4ki aku balik tapi kali ni dia minta suami aku.

Bayangkan, aku call dia tanya banyak perkara yang suami tipu. Terbongkar semua dan dia cakap rela jadi isteri kedua dan suami pula cakap sanggup berlaku adil. Tak ada siapa tanya aku sanggup atau tak. Memang aku terus cakap aku tak sanggup. Amboi sangat diorang.

Walaupun masyarakat selalu di belakang isteri pertama, tapi tak semua isteri pertama tu bahagia. Dia dip4ksa untuk bahagia, sedangkan yang no 2 ni rela diri datang sebab nak kejar bahagia dia. Adil ke? Sedangkan ibu kandung dengan d4rah daging pun tak dapat nak adil dengan anak – anak. Entah lah.. S4kit sebenarnya hati aku ni.

Yang buat aku pilih tajuk, ‘aku ke orang ketiga?’, sebab itu yang aku rasa sekarang. Waktu call hari tu, dengar suami cuba pujuk dia dan cuba yakinkan dia yang suami tak akan ceraikan aku. Aku dengar sendiri suami tanya dia, dia tanya suami.

Macam pasangan gagak i cintakan you, i pun sama. Eh aku ni tunggul agaknya. Aku betul – betul speechless. Aku marah, aku sedih tapi aku tak terkata. Waktu tu mata aku tak berhenti mengalir tapi tak bersuara. Berat betul rasa d4da.

Kucing aku yang turut jadi saksi, bising datang dekat aku. Tak tau lah sebab dia minta makan atau sebab dia risau tengok aku. Tapi memang kucing aku nempel je dengan aku sejak hari tu. Selalu kalau panggil dia jelingkn aku je.

Sebab s4kit hati, aku nekad reportkan sispaa direct jakim. Perempuan tu guru agama sekolah pedalaman. Dia mengadu dari keluarga susah, mak ayah s4kit dekat suami. Suami yang pemurah tak bertempat ni pun terkulai, transfer itu ini.

Bukan salah dia saja, suami yang mencari dari dating apps. Dan bukan juga salah diorang berdua saja, aku yang tak pandai jaga suami. Aku ke punca ni? Tapi kalaupun aku bagi, yakin ke suami tak cari lain? Kalau pun suami cari lain, yakin ke perempuan tu layan suami sorang je? Semua side dah aku cuba fikir.

Cukuplah aku rasa berada di titik terendah aku. Segala macam m4kian, sebut salah aku semua aku dah dengar. Aku cuma minta doakan aku. Janganlah p4ksa aku untuk bercerai. Ya. Semua flow chart apa kena buat, kena pergi mana semua aku ada dah plan elok.

Cuma langkah pertama untuk buat tu berat. Betul – betul berat. Berat yang kau rasa nak bernafas pun berat. Even sekarang, lepas aku buat aduan sispaa, deep inside aku rasa bersalah sebab mungkin akan kacau sumber pendapatan dia.

Aku ni kadang – kadang rasa b0doh sebab kesiankan orang yang h4ncurkan aku. Tapi aku nak buat macamana weh.. Ni diri aku. Aku nak tinggalkan sikit pesanan. Perempuan kat luar sana, jangan lah desperate cari suami sampai ganggu rumah tangga orang.

Aku pelik sebab circle aku masih ramai lelaki bujang, kacak, berjaya dan berharta. Lillahitaala. Kenapalah korang tak jumpa yang bujang ni. Pesan juga dekat para suami, kalau dah jumpa bahagia baru lepaskanlah cara baik.

Kenapa nak rasa terpaling mampu sedangkan orang yang hidup sebantal sendiri cakap korang tak mampu. Dan pesan juga dekat yang senasib dengan aku, kalau dah jumpa kekuatan nanti keluarlah ya. Doakan aku jumpa kekuatan aku juga. Aku lagak macam kuat nak hadap ni. Tapi waktu menulis ni pun aku boleh menangis sorang – sorang. Doakan aku.. Terima kasih. – Anggrik (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Kak Chip : Berbelit jugak otak ni nak fahamkan jalan cerita. Pokok pangkalnya kita tak mampu nak ubah orang lain, kita hanya mampu ubah diri sendiri. Dan kita juga tahu apa yang kita inginkan. Kalau kita tak buat tindakan, hidup kita tak akan ke mana.. sebegitulah sampai kita habis nyawa.

Apa – apa pun, berbaliklah pada yang SATU, yang Maha Mengetahui. Bersempena malam 1 Rejab (hari Jumaat malam), salah satu malam mustajab doa, tt doalah minta Allah bagi jalan keluar. Minta Allah kuatkan hati tt untuk teruskan kehidupan yang ke depan.

Be specific in your doa. Nak suami tu stay tak buat per4ngai, sebut yang itu. Kalau tt nak berpisah dengan suami, doa minta Allah permudahkan proses nak berpisah. Nak rumah tangga normal macam orang lain, minta dengan Allah untuk bantu tt lupakan gambar yang tt tengok tu. Yang penting, tt tahu apa yang tt inginkan. Moga Allah permudahkan dan beri kekuatan. InsyaAllah

IKON CLUB : Puan, puan nak apa sebenarnya? Puan nak apa dalam perkahwinan puan? Puan nak apa dari suami? Adakah puan bahagia atau d3rita selama berkahwin? Adakah puan masih d4ra kerana takut dapat peny4kit atau puan sendiri ada masalah?

Sebab apa suami puan masih cari dan layan perempuan lain? Puan pernah tak solat dengan suami? Puan tak nak bercerai dan puan juga tak nak bermadu. Jadi apa yang puan nak sebenarnya? Sampai bila nak menyiksa hati dan perasaan sendiri?

Suami puan mungkin rasa dia mampu adil tapi adakah dia faham konsep poligami yang sebenar? Cakap boleh adil sebab tak kawin lagi dan dia bergaji besar sebab tu dia cakap dia BOLEH. Puan ada semua bukti kecurangan suami dan suami puan tak jaga langsung hati isteri.

Allah uji kita bukan saja – saja. Mungkin kita terlalu jauh dengan Dia. Mungkin kita tak jaga hubungan kita dengan Allah. Allah ada, Allah yang pegang hati manusia. Allah yang bolak balikkan hati manusia. Mengadulah pada Dia. Minta Allah pelihara perkahwinan puan.

Mintalah pada Dia yang terbaik untuk perkahwinan puan. Puan kalau nak suami berubah puan buatlah something. Kita tak boleh ubah orang jadi tunjuklah melalui perbuatan dan layanan. Tanya suami puan apa yang kurang.

Bila masak tu selawat banyak – banyak dan doakan suami. Serahkan suami dalam jagaan Allah. Puan je tahu apa yang sebenarnya yang puan nak. Puan janganlah rasa bersalah sebab ambil tindakan kat perempuan tu sebab puan ada hak.

Jadi berani dan tegas kalau taknak kena pijak. Mungkin suami jadi macam tu sebab suami nampak puan lemah? Apa yang puan buat tu dah betul dah so jangan rasa bersalah. TOLONGLAH.

BACA: Imam solat subuh baca surah panjang sangat, makmum bengang kelam kabut lambat pergi kerja