Sama seperti anak orang lain, pasti sebagai seorang yang menyukai masakan ibu akan mengorek rahsia mengenai masakan dan lauk kegemaran.
Sebagaimana yang dilakukan oleh wanita ini, dia mengambil inisiatif untuk menyelongkar dapur milik ibunya
Dengan harapan untuk mengetahui rahsia di sebalik ‘keunikan’ hidangan pai epal yang sering disajikan.
Namun, alangkah terkejutnya Sarah McGonagall apabila menemui lebih daripada 30 paket rempah ratus yang telah tamat tempoh.
Lebih mengejutkan apabila terdapat rempah yang berusia 24 tahun di dalam simpanan ibunya.
Berikutan kejadian tersebut, Sarah kemudiannya mengosongkan semua rak rempah yang terdapat di dapur ibunya dan memeriksa tarikh luput produk.
Perkongsiannya itu menerima reaksi dari wargamaya.
“Rempah-rempah tidak luput, tetapi ia hanya kehilangan potensi. Semua itu masih baik, anda hanya perlu menggunakan lebih banyak untuk rasa.
“Dia perlu menulis semua yang dia buang supaya dia boleh membeli ganti.
“Dalam membantu nenek, saya terjumpa sekotak bakul timah, dahulunya bakul timah telah dihapuskan secara berperingkat selepas Perang Dunia II,” ujar beberapa warga maya.
Baca juga:‘Alasan diluar kotak pemikiran’ DBKL pening dengar alasan penghuni flat degil enggan cabut gril besi