4 anggota Polis kena gantung tugas, kalau dulu mesti disenyapkan kali ini tidak lagi, rupanya ini punca

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Empat daripada enam anggota polis yang telah ditahan atas dugaan terlibat dalam kegiatan pemprosesan dan penyebaran ketum telah ditarik daripada tugas mereka.

Datuk Allaudeen Abdul Majid, Ketua Polis Kuala Lumpur, menyatakan bahawa siasatan lanjut berhubung tindakan anggota tersebut masih dalam proses.

“Kita (polis) telah menarik daripada tugas empat anggota yang ditahan,

4 anggota Polis kena gantung tugas, kalau dulu mesti disenyapkan kali ini tidak lagi, rupanya ini punca

manakala individu yang lain yang turut ditahan sedang menjalani proses keterangan untuk tujuan siasatan.

“Pada masa ini, polis masih menunggu keputusan daripada pihak patologi,” katanya dalam temuramah dengan Harian Metro.

Menurut laporan Harian Metro, tujuh individu termasuk enam anggota polis telah ditahan atas dugaan terlibat dalam kegiatan pemprosesan dan penyebaran air ketum.

Pada serbuan yang dilakukan pada 2.15 pagi, 4 Januari lalu, polis menahan empat lelaki berusia 24 hingga 38 tahun yang juga merupakan anggota polis di sebuah rumah di Brickfields.

Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields, menyatakan bahawa polis telah merampas sejumlah 18 kilogram daun ketum dan 13.5 liter air ketum bernilai RM420.

Beliau turut menyatakan bahawa pelbagai peralatan pemprosesan ketum, pakaian seragam polis, dan wang tunai RM1,200 juga telah dirampas sebagai bukti.

Setelah penahanan tersebut, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kemudian menahan dua lagi anggota polis dan seorang lelaki awam yang disyaki terlibat dalam kegiatan yang sama.

BACA: “Awal kahwin hidup susah, aku kutip kangkung tepi parit buat makan. Bila dah senang, ada janda datang nak jadi bini nombor 2, dengar syarat aku terus tak jadi”