Kedai mamak memang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Mana taknya salah satu faktor ia sangat popular ialah kerana kebanyakkan beroperasi sehingga lewat pagi.
Rata-rata yang ingin makan nasi atau ringan boleh didapati di kedai mamak
Ada juga yang memilih kedai mamak untuk perbincangan secara santai.
Baru-baru ini kantoi sebuah restoran mamak yang membasuh pinggan mangkuk yang digunakan oleh pelanggan hanya dengan membilas air yang diisi dalam tong sampah.
Video yang dirakam oleh seorang pengguna dan diupload di aplikasi X itu kelihatan sangat menjijikkan dan meloyakan tekak.
Kita ni dah lah selalu lepak mamak, sekali nampak benda macam ni depan mata nak muntah mat 🤢 basuh pinggan celup2 dalam tong sampah. Speechless. Nah korang tengok lah sendiri, takdelah tekak aku sorang loya.
Btw aku tegur terus lepas tu. pic.twitter.com/mWmLrraB0x
— Elyas Yusri (@elyasyusrizal) January 6, 2024
Dalam video yang dirakam itu jelas menunjukkan seorang pekerja kedai mamak itu sedang membilas pinggan mangkuk yang telah digunakan tanpa menggunakan sebarang sabun atau air bersih.
Apabila ditanya dengan selamba pekerja itu menjawab yang air yang digunakan itu hanyalah untuk merendam.
Kedai mamak tersebut dipercayai berlokasi di Klang. Rata-rata netizen juga berasa loya dan mencadangkan agar restoran itu direport untuk tindakan lanjut.