Iphone ini masih hidup walaupun tercampak dari pesawat yang sedang terbang

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Mengejutkan apabila sebuah telefon bimbit pintar ditemui masih dalam keadaan baik walaupun tercampak dari ketinggian 4876.8 meter.

Berdasarkan laporan Bloomberg, telefon bimbit tersebut ditemui dalam keadaan tidak berkunci

Dan masih mempunyai hayat bateri yang mencukupi untuk berjam-jam di tepi jalan di Portland, Oregon.

Iphone ini masih hidup walaupun tercampak dari pesawat yang sedang terbang

Catatan di X diberikan oleh pengguna yang dikenali sebagai Seanathan Bates yang mendakwa menemukan peranti tersebut.

Skrin telefon bimbit tersebut menunjukkan e-mel dari Alaska Airlines mengenai tuntutan bagasi untuk penerbangan itu sekaligus mengiyakan kenyataan yang dibuat oleh Bates apabila telefon tersebut terjatuh dari pesawat.

“Ia masih cukup bersih, tiada calar padanya, (ia) ditemukan di kawasan semak,” katanya.

Pesawat Alaska Airlines berkenaan terpaksa berpatah balik beberapa minit selepas melepasi landasan kerana panel tingkap tercabut.

Baca juga: “Betul ke ni suami aku?! Rajin pergi masjid kopiah tak tanggal tapi tiap kali pergi masjid bawa beg kerja, sekali buka penuh dengan..”