Pastinya pasangan baru berkahwin mahukan privasi untuk berdua sahaja, kalau dua ke tiga bulan boleh terima tapi kalau dah bertahun pasti ada yang terasa hati.
Tambahan pula selepas bertahun kahwin pun masih mahu tinggal dengan adik beradik walaupun sudah berpindah ke rumah baru.
Seorang wanita pada mulanya menerima keputusan suami untuk tinggal serumah dengan adik-beradiknya namun lama kelamaan mula timbul rasa tidak senang hati.
“Tahun ni masuk tahun kelima perkahwinan. Alhamdulillah saya dan suami bahagia dan sayang menyayangi.
Beberapa tahun sebelum kahwin, suami tinggal dengan adik-beradik. sampailah masa saya kahwin, suami ajak saya tinggal sekali dengan adik-beradiknya.
Sekarang, kami dah pindah rumah baru, anak dah nak masuk dua orang, saya suami isteri masih tiada privasi.
Adik-beradik suami ikut tinggal sekali. Saya impikan kehidupan macam orang lain. Saya tak suka hidup saya seolah sering diperhatikan.
Cara saya memasak, sediakan makanan, jaga dan didik anak dan sebagainya sering dilihat adik-beradiknya.
Pokok pangkalnya saya nak privasi dalam rumah tangga tapi suami serba salah. Dia nak juga privasi tapi nak jaga hati adik-beradik tapi saya ni dah tak selesa.
Kalau adik-beradik sendiri pun rasa tak selesa kalau tinggal sekali, apatah lagi ipar-ipar. Buntu saya”.