Cekal berpaut di dinding masa azan, ramai tersentuh tengok bilal istimewa

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Walaupun berdepan dengan kekurangan, seorang bilal yang hebat dilihat masih berusaha gigih untuk melaungkan azan dan iqamah di sebuah masjid, baru-baru ini.

Perkara ini telah dikongsikan oleh penceramah bebas, Ustaz Yaakub Yusra menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran berkenaan, beliau menyaksikan sendiri peristiwa luar biasa itu ketika mahu menunaikan solat Subuh di masjid berkenaan.

Cekal berpaut di dinding masa azan, ramai tersentuh tengok bilal istimewa

Beliau kemudian merasa terpanggil untuk berkongsi detik-detik berkenaan di media sosial supaya dapat memberi manfaat kepada semua.

“Subuh tadi tengok bilal yang azankan adalah manusia istimewa ahli syurga.

Bilal istimewa laung azan, di masjid seawal 5 pagi

“Kenapa ahli syurga? Kerana mereka tidak sesempurna kita di dunia tetapi pasti Allah akan sempurnakan mereka dekat syurga kelak,” katanya.

Kata Ustaz Yaakub Yusra, bilal itu kelihatan perlu berpaut dan mendapatkan sokongan dinding masjid untuk berdiri ketika melaungkan azan serta iqamah.

“Nak azan dan iqamah, beliau perlu sandarkan pada tangan, berdiri dan berjalan semua tak sama macam kita,” katanya lagi

Selain itu, bilal tersebut difahamkan telah berada di perkarangan masjid seawal 5.00 pagi, yang mana dianggap cukup awal bagi kebanyakan orang.

Perkara tersebut menyebabkan Ustaz Yaakub Yusra mengajak orang ramai untuk bermuhasabah bersama-sama, khususnya keberadaan diri kita pada waktu tersebut.

Jadi, siapa yang kurang sekarang, kita atau dia?

“5 pagi beliau dah di masjid. Kita masih di mana ya? Mungkin masih bergolek-golek atas katil, kan? Jadi siapa yang kurang sekarang kita atau dia?” kata Ustaz Yaakub Yusra lagi.

Untuk makluman, Ustaz Yaakub Yusra merupakan seorang penceramah bebas dan juga Pengarah Urusan di Murtadha Dakwah Centre atau MADAD.

Sebelum ini, Siakap Keli pernah melaporkan kehebatan fasiliti yang ditawarkan di Masjid MADAD yang tular dalam kalangan warga maya.

Masjid tersebut telah menawarkan taman permainan kanak-kanak di bahagian dalam masjid serta hotel kapsul yang selesa untuk para musafir yang mengunjungi masjid tersebut.

BACA: Alasan nak buang ‘pendamping’, Ustaz cabul dua wanita di bilik berasingan