Alasan nak buang ‘pendamping’, Ustaz cabul dua wanita di bilik berasingan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Seorang wanita dan adik iparnya mengalami satu tragedi hitam apabila mereka pergi ke rumah seorang lelaki

Dia yang menyebut dirinya sebagai ‘ustaz’ untuk menerima rawatan, namun akhirnya menjadi mangsa cubaan cabul.

Berdasarkan laporan Harian Metro, semasa kejadian, mangsa menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan separuh sedar sebelum akhirnya meninggalkan kediaman tersebut.

Alasan nak buang 'pendamping', Ustaz cabul dua wanita di bilik berasingan

Wanita tersebut tidak berdiam diri dan segera membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 25 tahun bersama adik iparnya yang berusia 20 tahun pergi ke rumah ustaz tersebut untuk meneruskan rawatan kali ketiga.

Sumber turut menyatakan bahawa suspek membawa mereka ke bilik yang berasingan sebelum memulakan cubaan cabul terhadap mangsa.

Mereka diarahkan masuk ke dalam bilik berasingan oleh suspek sebelum menjadi mangsa cubaan cabul oleh lelaki tersebut.

Kejadian ini merupakan kali pertama mangsa mengalami cubaan cabul semasa menerima rawatan daripada suspek.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, telah mengesahkan penerimaan laporan berhubung insiden tersebut dan akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

BACA: “Hari-hari aku cari bukti suami curang belakang aku, aku doa andai kata mereka ada hubungan tunjukkanlah, akhirnya doa aku termakbul”