Pernah tak anda tertanya mengapa warna oren kekuningan menjadi warna rasmi untuk kebanyakan bas sekolah, dan bukannya warna lebih cerah seperti putih atau merah.
Adakah warna bas itu kebetulan berwarna kuning atau ada sebab lain?
Jika anda perhatikan, sesetengah kenderaan mempunyai kod warna tertentu yang dipakai diseluruh dunia,
seperti kapal terbang berwarna putih, kereta kebal berwarna hijau tua dan Bomba berwarna merah.
Jadi mengapa bas sekolah berwarna kuning? Warna kuning untuk bas sekolah merupakan standard antarabangsa yang diputuskan sekitar tahun 1933.
Ini kerana dalam kondisi cuaca buruk, kuning adalah warna paling selamat bagi kenderaan bergerak.
Warna kuning lebih mudah dilihat walaupun berada dalam keadaan hujan atau kabus.
Selain itu, warna kuning juga lebih menonjol dikesan pengguna umum apabila dituliskan perkataan ‘bas sekolah’ yang berwarna hitam, berbanding warna lain seperti merah.
Mengikut undang-undang persekutuan di AS, bas sekolah yang berwarna lain atau warna kuning berbeza tidak boleh dibeli.
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), semua bas mesti dicat kuning berkilat mengikut spesifikasi Institusi Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) Piawaian Persekutuan No.595a, warna 13432.
Selain itu, warna kuning merupakan warna yang amat ketara dan sukar untuk terlepas pandang apabila melihatnya.
Warna bas sebenarnya bukan lah kuning asli, ia merupakan campuran warna oren dan kuning lemon seperti buah mangga yang benar-benar masak.
Beberapa kajian mengatakan, bahawa antara kesemua warna yang ada, warna kuning adalah warna yang paling menonjol pada mata manusia. Bukan hanya pada waktu siang sahaja akan tetapi dalam keadaan gelap juga.
Dari sudut saintifik, kecenderungan penglihatan manusia untuk mengesan warna kuning adalah 1.24 kali ganda lebih berbanding warna merah.
Secara ringkas, anda lebih cenderung untuk terlihat warna kuning walaupun hanya menggunakan pandangan sisi mata.
Baca juga:Ini rupanya tips ‘rahsia’ nak cuci belangkas, mudah rupanya
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio