Macam-macam skill dodoi dah keluar, sekali dodoi dengan lagu ‘Negaraku’ baru bayi ini boleh tidur

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pernahkah anda bertanya kepada ibu bapa mengenai tingkah laku anda semasa berada dalam buaian?

Pastinya, terdapat banyak kisah lucu yang mereka ceritakan yang kemudiannya menjadi sumber ketawa bagi ahli keluarga yang lain, bukan?

Setiap individu memiliki kelucuan tersendiri semasa kanak-kanak. Ada yang menjadikan kain lampin sebagai bantal dan merengek apabila tidak dapat merasai lembutnya

Macam-macam skill dodoi dah keluar, sekali dodoi dengan lagu 'Negaraku' baru bayi ini boleh tidur

. Ada juga yang ingin digendong sepanjang masa, hanya setelah itu mata mereka akan terpejam. Ada juga yang diajar untuk tidur dengan mendengar alunan muzik sejak kecil.

Perasan tak, sifat-sifat tersebut sebenarnya tidak terbentuk secara semula jadi, tetapi diajar oleh ibu bapa sendiri tanpa mereka sedar.

Baru-baru ini, menjadi tular satu rakaman yang memaparkan seorang ibu sedang mendodoikan anaknya menggunakan lagu kebangsaan, yang jarang dilakukan oleh ramai.

@liyanaramlieYa allah anak oooii. Dia mcm2 sngguh laa perangai. Tudia laa ayah hg. Tiap kli ank nk tdoq ja qeja nnyi lagu negaraku. Pastu ayah hg xdak pi qeja. Xpsai Mama kena buka lagu negaraku🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

♬ original sound – liyana_ramlie

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @liyanaramlie, anaknya mempunyai karenah pelik di mana dia perlu mendengar lagu Negaraku sebelum tidur.

Pada awalnya, bayi tersebut menangis walaupun telah diletakkan dalam buaian, namun apabila lagu Negaraku dimainkan, bayi itu mula diam dan menunjukkan tanda-tanda mengantuk.

Menurut wanita itu, anaknya memberikan reaksi sedemikian kerana suaminya sering memainkan lagu tersebut ketika menjaganya.

“Ya Allah, anak oi. Dia macam-macam sungguh tingkah laku. Itulah, ayahnya, setiap kali anak nak tidur, dia nyanyikan lagu Negaraku. Lalu, ayahnya tidak dapat datang menyanyi, jadi Mama kena memainkan lagu Negaraku,” katanya dengan tersenyum.

Di ruang komen, beberapa warga maya membuat andaian bahawa suami wanita tersebut mungkin seorang pekerja badan beruniform. Video ini turut meraih perhatian ramai, dan banyak warga maya berkongsi kisah-kisah lucu mengenai tingkah laku anak-anak mereka di ruangan komen.

BACA: “Lepas grad, adik ipar tumpang rumah aku, mula-mula ok, lama-lama aku perasan benda mencurigakan pasal dia, terkejut aku bila terjah bilik dia”