Wanita dedah bekas teman lelaki berzina dengan mak sendiri, “Patut la masa bercinta dulu mak dia…”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Setiap hari ada sahaja pendedahan mengejutkan dan kali ini, kisah dikongsikan oleh seorang wanita

Dia yang tidak mahu dikenali tentang bekas kekasihnya membuatkan ramai terkelu.

Menerusi Twitter, individu tersebut mendedahkan bahawa bekas teman lelakinya itu pernah kantoi curang dan wanita itu merupakan ibunya sendiri.

Wanita dedah bekas teman lelaki berzina dengan mak sendiri, “Patut la masa bercinta dulu mak dia…”

Wanita dedah bekas teman lelaki berzina dengan mak sendiri, “Patut la masa bercinta dulu mak dia…”

Katanya, tidak hairanlah ketika mereka masih menjalinkan hubungan si ibu itu seperti terlalu melindungi dan kuat cemburu dengannya.

“My ex dah 30 tahun dah. Tapi seumur hidup dia memang berzina dengan mak sendiri. Tak pasti adik beradik lain tahu tapi harap dorang berhentilah. Geli sangat masa kantoi dulu.”

Tambahnya, dia tidak pasti jika seorang lagi bekas teman wanita lelaki berkenaan tahu tentang rahsia dan skandal menjijikkan itu.

Rata-rata warganet yang membaca perkongsian itu terkejut dan berasa jijik dengan apa yang dilakukan oleh dua beranak berkenaan.

Ada yang berkongsi tentang kisah lebih kurang sama (hubungan terlarang antara ahli keluarga) dan ada yang mencadangkan agar individu yang membuat pendedahan ini melaporkan kepada pejabat agama.

BACA:“Hidup PJJ dengan isteri, 6 bulan aku sorok kecurangan. Bila isteri terbaca semua mesej, lembut je dia tanya aku, aku rasa betapa bodohnya diriku”