“Dia tunjuk dia kerja bagus sebab bekerja di bank, dia kata boleh tanggung suami saya dan suruh saya move on tak perlu ganggu hidup diorang lagi”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sebelum tu saya pernah share di sini tentang kisah perceraian saya kerana orang ketiga waktu saya masih dalam pantang lagi. Hampir setahun kisah tu berlalu.

Dalam setahun ni saya turun naik mahkamah tuntut semua hak yang sepatutnya.

Sebelum saya buat tuntutan semua tu, bekas mertua dan ipar semua memang menyebelahi saya, tolong saya, beri saya semangat.

"Dia tunjuk dia kerja bagus sebab bekerja di bank, dia kata boleh tanggung suami saya dan suruh saya move on tak perlu ganggu hidup diorang lagi"

Tapi lepas kejadian saya buat tuntutan macam2 semua menyalahkan saya. Lebih2 lagi mak dan abah mertua. Sekelip mata mereka pertahankan anak mereka.

Perjanjian pembayaran dah dipersetujui nilainya tapi mertua minta bekas suami pujuk saya supaya dikurangkan lagi nilai bayaran atas alasan anak mereka tak mampu.

Sedangkan mertua taktau selama kami berkahwin saya tak pernah berkira suami tu bagi nafkah sikit atau banyak. Ada rezeki, adelah nafkah. Kalau tak cukup, saya tak minta. Dan sekarang pun bekas suami habiskan duit dengan orang ketiga tu.

Sudahnya keluarga bekas mertua langsung dah tak ambil tau pasal saya dan anak. Saya faham kami dah takde hubungan apa-apa. Tapi rasa ralat sebab semua salahkan saya sebab ambil kesempatan letak nilai tinggi untuk nafkah macam2

. Saya tak gila duit. Saya cuma fikir masa depan saya dan anak. Sedangkan rumah yang diisytihar sebagai harta sepencarian pn saya terpaksa beli ikut harga asal. Saya tak bodoh nak gunakan duit nafkah anak untuk kegunaan saya. Selebihnya saya simpan dalam tabung haji dia.

Sekarang saya dah jadi tawar hati sangat. Saya jauhkan diri daripada mereka semua sebab mereka kata saya macam2 hanya kerana saya buat tuntutan nafkah (termasuk iddah, mutaah, belanja anak).

Saya tak mampu nak respon apepun yang bekas suami mesej saya tanya pasal anak. Saya cuma fikir, macam mana kejam bekas suami buat pada saya dan anak, kesannya masih terasa sampai harini.

Mungkin bekas suami dah bahagia dengan orang ketiga, tunjuk berjalan sana-sini, tidur sama dari anak saya baru lahir lagi. Semua orang tak nampak macam mana saya uruskan anak seorang diri. Saya yakin kafarah Allah.

Orang ketiga terlalu bangga dah dapat suami saya. Dia tunjuk dia kerja bagus sebab bekerja di bank ibu negara dia kata bole tanggung suami saya dan suruh saya move on tak perlu ganggu hidup diorang lagi.

Depan orang lain, perempuan tu tunjuk alim, post benda2 islamik. Allah… Hakikatnya, Tuhan yg tau.

Saya perlukan pendapat semua. Betul ke tindakan saya untuk terus diam dan jauhkan diri daripada mereka dan biarkan apa yg keluarga mertua mengata pasal saya?

BACA: Selain umum hari raya, ini fungsi sebenar mohor besar Raja-Raja ramai tak tahu