‘Abah garang!’, Anak Aliff Syukri dedah macam mana kehidupan anak kepada jutawan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Berumur 13 tahun, Qadejah El Zahra, anak kedua kepada jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri,

kini dikenali kerana kecantikan wajahnya yang serupa dengan ibunya, Datin Seri Nur Shahida.

Qadejah sering berkongsi video pendek di Instagram Sugeh Eco Resort, tidak hanya mengenai kehidupannya sebagai anak Dato’ Seri Aliff Syukri

'Abah garang!', Anak Aliff Syukri dedah macam mana kehidupan anak kepada jutawan

Dan Datin Seri Nur Shahida, tetapi juga membantu mempromosikan bisnes keluarganya.

Dalam perkongsian itu, Qadejah mendedahkan perbezaan karakter antara ibu dan bapanya. Meskipun kelihatan berbeza di media sosial, sebenarnya mereka mempunyai personaliti yang berbeza.

“Sejak saya kecil, Abah seorang yang tegas dan garang dengan saya. Bila dah meningkat dewasa saya mula faham kenapa Abah memarahi saya. Abah ingin saya menjadi seorang manusia yang baik. Abah tidak mahu saya menjadi manusia yang biasa sebaliknya luar biasa dan hebat.”

Qadejah turut mendedahkan bahawa ibu dan bapanya mempunyai karakter yang berbeza.

“Mama dan Abah agak berbeza. Mama seorang yang ceria berbanding Abah. Mama benarkan kami buat apa sahaja yang kami inginkan. Karakter Mama lebih membawa kepada keceriaan. Mama juga tidak mengongkong tetapi masih mementingkan pembelajaran. Sama seperti Abah, Mama menginginkan saya menjadi manusia yang hebat dan luar biasa.”

Minat dalam perniagaan telah timbul sejak kecil, dan Datin Seri Nur Shahida pernah berkongsi harapannya di akaun Instagram peribadinya.

“Setiap anak ada kelebihan dia. Masing-masing punya minat sendiri. Tapi apa yang saya nampak Cess ni lebih pada berniaga.

SALING TAK TUMPAH DENGAN ABAH DIA @ALIFFSYUKRITERLAJAKLARIS. KALAU DENGAN PELANGGAN TU CUKUP MESRA, PETAH BERBICARA SAMPAI PELANGGAN TU BELI LA.”

Qadejah, meskipun mengalami disleksia seperti bapanya, telah berkembang dengan baik melalui rawatan khusus dan pendidikan di Pusat Disleksia Ampang. Kini, dia dikenali sebagai anak yang bijak, kreatif dalam seni lukisan, dan mahir berbahasa Inggeris.

Semoga Qadejah terus menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat, serta menjadi wanita hebat di sisi Allah SWT.

BACA: “Aku dah kahwin dan bahagia pada mulanya tapi entahlah, sejak dua menjak ini perasaan aku berbolak balik terhadap isteri”