Berbanding dengan rempah yang lain, bunga cengkih merupakan salah satu bahan penting yang kini sangat dicari oleh masyarakat.
Ia bukan hanya bahan yang penting dalam masakan, tetapi juga sering digunakan dalam ubat tradisional.
Bahkan, bunga cengkih dikenal sebagai jenis rempah yang berasal dari Kepulauan Maluku.
Ia banyak dijumpai di Zanzibar, Madagascar, dan Malaysia.
Selain digunakan dalam industri bunga, minyak cengkih juga sering digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan dan minyak wangi.
Di beberapa negara, cengkih juga dicampurkan dengan tembakau untuk membuat rokok.
Bunga cengkih mempunyai banyak manfaat, termasuk mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan badan, dan ia juga kaya dengan antioksidan.
Antara manfaat bunga cengkih yang lain ialah dapat membantu mencegah penyakit kanser dan keracunan makanan, meningkatkan kesihatan gigi dan mulut, serta membantu mengawal kadar gula dalam darah.
Manfaat tambahan bunga cengkih termasuk menyokong kesihatan tulang, meredakan ulser perut, berfungsi sebagai ubat tahan sakit, dan membantu melegakan penyakit pernafasan.
Kajian juga menunjukkan bahawa eugenol dalam bunga cengkih berperanan sebagai antioksidan lima kali lebih efektif daripada vitamin E.
Bunga cengkih kaya dengan beta karoten, yang merupakan sumber vitamin A penting untuk kesihatan mata.
Dalam penggunaan perubatan tradisional, wap dari rebusan bunga cengkih turut digunakan untuk mengurangkan keradangan dan meredakan simptom batuk, bronkitis, selsema, dan asma.
Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa tidak terdapat bukti kukuh yang mengaitkan penggunaan wap air rebusan bunga cengkih sebagai penawar bagi individu yang terkena Covid-19.
Baca:Penyamun mulut manis siap sapa ‘hai’ sebelum rompak RM178,000 barang kemas