Jangan main potong je, ini cara betul potong bawang ikut jenis masakan, barulah masakan bertambah sedap!

Oleh AHMAD SULAIMAN

Tidak banyak yang menyedari bahawa selain daripada bahan perencah, teknik memasak juga memainkan peranan penting

adalam meningkatkan kelezatan hidangan. Salah satu teknik memasak yang sangat kritikal untuk mencapai hidangan yang lazat ialah potongan bawang.

Sama ada bawang putih atau bawang merah, potongan yang betul dapat menjadikan hidangan tersebut lebih sedap dengan sendirinya.

Jangan main potong je, ini cara betul potong bawang ikut jenis masakan, barulah masakan bertambah sedap!

Berikut adalah jenis-jenis potongan bawang merah dan bawang putih berserta dengan jenis masakan yang sesuai, yang kami kongsikan dengan anda.

BAWANG MERAH

Potong: Potong secara melintang, dapat menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

Gegelung: Dipotong mengikut ketebalan yang dikehendaki, ianya sesuai untuk masakan kicap dan masak merah.

Mayang: Hirisan halus melintang, sesuai untuk menumis atau bawang goreng.

Belah: Potongan menegak untuk hasilkan potongan yang lain.

Baji (wedges): Diguna sebagai hiasan dalam masakan seperti sup, kari hingga kebab.

Hiris: Potongan nipis dan halus secara menegak yang berulang-ulang. Sesuai untuk tumisan, ulam-ulaman atau pencicah (budu, sambal dan sebagainya).

Dadu: Sesuai untuk buat cucur cekodok, jemput bilis atau bawang.

Dadu kecil atau cincang kasar: Sesuai untuk tumisan goreng-gorengan seperti nasi goreng, bihun dan mi goreng.

Cincang: Sesuai untuk perapan dan tumisan.

BAWANG PUTIH

Labu atau selabu: Dalam satu labu ada 1-15 ulas.

Ulas (cloves): Bahagian daripada selabu.

Ketuk: Ketuk bawang menggunakan lesung batu atau pisau.
Sesuai untuk jenis semua masakan.

Mayang: Potongan melintang yang sesuai untuk menumis atau hiasan.

Hiris: Potongan lebih kurang mayang, tetapi dalam keadaan menegak. Sesuai untuk hiasan dan menumis juga.

Racik kasar atau mancis: Sesuai untuk dibuat sebagai sos, masak stim atau kukus dan goreng.

Racik halus: Lebih kurang dengan racik kasar. Tak banyak resepi boleh guna tapi boleh juga jika nak guna dalam masakan seperti racik kasar.

Dadu: Sesuai untuk dibuat sos, tumisan dan nasi goreng.
Cincang: Khas untuk dibuat sos dan tumis.

Semoga bermanfaat!

BACA: Pasangan suami isteri terkejut objek pelik berambut panjang atas siling, rupanya kepala anak sendiri!