‘Kami memerhati’, LHDN tiba-tiba beri peringatan ‘mesra’ kepada pempengaruh media sosial

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Yang mana famous itu jangan lupa pula bayar cukai. Baru-baru ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Mereka telah menetapkan sasaran hampir 50,000 pembayar cukai untuk menyertai program pengakuan sukarela khas SVPD 2.0.

Sementara itu, LHDN juga menitikberatkan golongan influencer dan TikToker

'Kami memerhati', LHDN tiba-tiba beri peringatan 'mesra' kepada pempengaruh media sosial

Kepada yang mendapatkan pendapatan mereka melalui platform dalam talian.

Datuk Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, berharap agar individu dan syarikat yang sebelum ini tidak pernah melaporkan pendapatan mereka dapat mengambil inisiatif untuk melaporkan diri.

Beliau menyatakan bahawa golongan ini yang berkegiatan secara terbuka di media sosial perlu mengambil peringatan bahawa LHDN sedar dengan aktiviti mereka, dan SVPD 2.0 adalah peluang terbaik untuk melaporkan pendapatan yang sebelum ini tidak dilaporkan.

Nizom menekankan bahawa pendapatan golongan pempengaruh ini dapat dinilai dengan jelas melalui jumlah pengikut serta tontonan kandungan yang dimuat naik dalam talian.

Oleh itu, mereka yang terkenal juga diingatkan untuk mematuhi kewajipan cukai mereka.

BACA: Rupanya ini punca MBSA kalah saman RM50,000 dengan tempat pusat ‘urut kaki’